Monday, August 23, 2010

Popcorn Kosmik: Tragedi Filem Patriotik Malaysia


Bagaimana kita mendifinisikan filem kategori patriotik di Malaysia?

Adakah sebuah filem itu harus sebuah filem sejarah? Atau filem yg mengisahkan pejuang Tanah Melayu? Atau kisah lagenda atau mungkin sekadar hanya sebuah cerita rakyat? Bagaimana jua kita mendifinisikannya, yg penting filem patriotik haruslah bertunjangkan motif untuk melahirkan rasa cinta dan bangga terhadap negara Malaysia.

Jika kenyataan di atas diguna pakai, maka aku kira tidak ada satu pun filem bertema patriotik atau kebangsaan pada tahun ini. Jangan ada pula yg datang pada aku dengan menyatakan bahawa filem box-office Adnan Sempit atau Lagenda Budak Setan sebagai filem patriotik!

Kenapa tiada filem dibikin sempena hari kemerdekaan pada tahun ini? Adakah konglomerat industri filem melihat bahawa bulan Ramadhan bakal menyebabkan tiada siapa pon akan ke panggung untuk menonton filem sejarah? Adekah mereka tahu filem patriotik tidak boleh dijual seperti filem yg menggunakan pendekatan mesra penonton ala-ala Ahmad Idham & David Teo? Ataupun filem bertema kebangsaan sendiri telah lama berkubur di hati rakyat Malaysia? Tiada siapa nak tengok walaupon diadakan tayangan amal secara percuma!

Atau mungkin, mungkin juga kerana terlalu banyak pantang larang atau garis panduan daripada badan berkaitan menyebabkan karyawan filem sendiri putus asa? Potong sana, potong sini, tak boleh itu, tak boleh ini. Aduhai, apa saja yg boleh?

Okeh mari berpijak kembali di atas lantai simen.

Sila lihat statistik filem yg aku kategorikan sebagai "patriotik" sepanjang tahun 2000-2010:


*sumber Finas

Jika melihat fakta di atas memang tidak sukar untuk kita mengatakan bahawa filem patriotik di Malaysia TAK LAKU.

Na salahkan siapa? Penonton sudah tentu sahaja ingin sesuatu yg terbaek tetapi filem sehebat 1957:Hati Malaya ( 5 anugerah Festival Filem Malaysia 21) sendiri gagal di pawagam?

Ape yg boleh aku katakan masyarakat di Malaysia cuma berminat untuk melihat filem hiburan Hollywood dan jika filem tempatan mahu 'selamat' mereka juga harus berkiblatkan Hollywood (atau Bollywood, sekurang kurangnya)

Filem sejarah di Malaysia memang tiada tempat & sudah mati (atau tak pernah ada peminat sendiri pon?). Kaki wayang tidak sanggup luangkan masa atau duet untuk filem-filem sebegini. Atau mungkin secara amnya subjek sejarah itu sendiri hanyalah untuk lepas periksa sahaja?

"Those who cannot learn from history are doomed to repeat it"

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53, Malaysia!

Saturday, August 21, 2010

Ulasan 'TTS Bundle Show' oleh CEO The Qum Actors

Tronoh Theatre Shop (TTS) telah mementaskan ‘TTS Bundle Show’ baru-baru ini. ‘TTS Bundle Show’ menggabungkan sebanyak 8 sketsa mime, 2 teater pendek bertajuk ‘Bedah’ dan ‘Ketupat Oh Ketopat’ serta sebuah monolog yang dilakonkan oleh Dr Shark. ‘TTS Bundle Show’ adalah suatu usaha yang harus dipuji kerana kejayaan mementaskannya telah membuktikan kematangan ahli TTS dalam menguruskan sebuah produksi dalam masa yang sangat singkat. Ini dapat dilihat dari aspek pemilihan pelakon, penguasaan watak, pengurusan teknikal dan persiapan pentas. Hanya 2 minggu untuk menyediakan pementasan sebagus ini telah membuktikan komitmen yang ditonjolkan sangat membanggakan dan inilah yang diperlukan untuk membina sebuah produksi teater yang mantap.

Mementaskan 8 sketsa mime dalam satu malam adalah satu usaha yang sangat menakjubkan. Perkembangan TTS Mimers memang sangat membanggakan. Idea idea yang baru dan segar sentiasa mencuri perhatian penonton dan mampu membuat penonton ketawa. Usaha pengarah mime, Half mengetuai “TTS Mimers” sememangnya menakjubkan. Pendekatannya memanggil penonton berlakon bersama dalam sketsa ‘The Director’ adalah suatu langkah yang bijak dan jelas penonton terhibur. ‘The Director’ memaparkan kisah seorang pengarah yang mencari pelakon untuk berlakon dalam dramanya arahannya. Half yang bertindak sebagai pengarah memanggil penonton-penonton untuk melakonkan dramanya. Sangat lucu apabila Half meminta pelakon-pelakon melakonkan watak sepasang kekasih, lelaki yang kecewa apabila melihat kekasihnya bersama lelaki lain, dan seorang krew produksi. Bayangkanlah bagaimana pelakon-pelakon ‘segera’ ini berlakon. Haru dibuatnya apabila masing masing malu-malu dan gagal untuk melakonkan seperti apa yang diminta. Malah ini ditambah dengan gaya bersahaja Half yang member tunjuk ajar bagaimana untuk melakonkan watak watak tersebut. Amat menggelikan hati. Jelas Half memang tidak mengecewakan.

Seorang lagi ‘TTS Mimers’ yang berbakat, Ash, memang harus diberi pujian. Ash yang bergandingan dengan Ammar mempersembahkan sketsa mime yang berjudul ‘The Maid’. Ash berlakon sebagai ‘robot orang gaji’ manakala Ammar sebagai tuan. Pergerakan Ash yang tepat dan ‘clean’ sememangnya memikat hati penonton. Ini dibantu oleh Ammar, bakat baru yang harus digilap agar ‘TTS Mimers’ terus hidup dan berkembang bersama bakat bakat besar yang lain.

Sefa dengan usaha ‘eksperimental’nya kali ini mempersembahkan ‘Corporeal Mime’ mungkin perlu lebih berhati hati untuk memilih sketsa mimenya. Beliau perlu membina jalan cerita dari teknik pengembangan gerak badan mime yang cuba beliau bawakan. Mungkin itu lebih menarik dan mudah difahami oleh penonton. Walaupun ‘Corporeal Mime’ ini baru dalam aliran ‘TTS Mimers’, saya yakin, ia akan berkembang dengan idea idea segar dan baru. Sefa adalah salah seorang ‘TTS Mimers’ perantis yang berbakat. Malah bakat beliau juga telah terbukti dalam lakonan teater teater Dr Shark yang lain. Jadi bukanlah menjadi suatu masalah besar untuk beliau kembangakan aliran ini.

Hisam dan Buzar, 2 bakat baru yang harus diberi perhatian. Mereka membawakan sketsa mime yang ringkas namun berjaya mencuri perhatian penonton. Malah mereka berdua digandingkan dalam teater ‘Bedah’ dan jelas terpacar keserasian mereka berlakon. Permulaan yang bagus harus dijaga dan dipupuk agar bakat mereka berkembang dan menyumbang kepada kemajuan TTS.

Monolog ‘Pondok Tok Ayah’ adalah sebuah naskhah baru dari Dr. Shark. Kehebatan lakonan Dr. Shark sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kebenarannya, manakan tidak beliau mampu berlakon berseorangan di atas pentas selama hampir 20 minit. Jalan cerita ‘Pondok Tok Ayah’ perlulah diperincikan lagi agar lebih jelas jalan ceritanya yang berkisar tentang tanah pusaka yang di rampas oleh pemerintah. Namun ada beberapa teknik yang digunakan dalam monolog ini memikat hati saya. Ini dibuktikan dengan cara Dr Shark yang cuba menunjukkan bagaimana jin tersebut dimasukan kedalam sebuah labu sayung. Juga teknik jin yang terbang di atas pentas seolah olah memang wujud jin tersebut. Teknik teknik ini walaupun ringkas tetap jelas berkesan. Apa apa pun memang menarik pembawakan watak ‘Tok Ayah’ dengan skripnya yang dekat dengan penonton. Pendekatan Dr Shark berinteraksi dengan penonton sememangnya memikat hati mereka. Apa apa pun ‘Kudos!’ buat Dr Shark.

Sketsa ‘Ketupat Oh Ketopat’ bukan sekadar hiburan gelak ketawa ringan. Sketsa yang diadaptasikan daripada sebuah iklan arab yang meningatkan betapa besarnya dosa mengumpat. Terdapat 3 watak yang dalam sketsa ini iaitu Atul, Nisa’ dan Tasha. Watak watak ini telah dijayakan oleh Mira, Fara dan Esah. Kesemua mereka walaupun baru dalam bidang lakonan, namun semangat dan usaha yang ditunjukkan patut diberi pujian. Mereka berjaya menguasai asas untuk sebuah lakonan iaitu lontaran vokal yang kuat serta ‘energy’ antara pelakon pelakon.

Watak ketiga tiga mereka adalah mengumpat sehingga habis cerita tersebut. Maka di akhir sketsa tersebut Mira, Farah, dan Atul memakan daging masak merah yang menjadi simbolik dosa mengumpat iaitu memakan daging saudara sendiri. Mesej yang dibawakan sangat murni dan sketsa sketsa pendek sebegini harus diteruskan agar apa yang dipentaskan bukan sekadar hiburan gelak ketawa sia sia.

Akhir sekali, sketsa ‘Bedah’, naskhah ini adalah sebuah naskhah pertama Dr Shark sekitar tahun 1987. ‘Bedah’ memaparkan dilema Bedah menjadi pelacur di Lorong Haji Taib yang dilakonkan oleh Tasha. Bedah terpedaya oleh kekasihnya sendiri Kassim (Ammar) yang akhirnya terperangkap melakukan perbuatan terkutuk melacur. Watak Munah yang dibawakan oleh Shira telah dibawakan dengan baik yang mana Munah adalah ibu angkat kepada Bedah yang menjaga anak Bedah, Mariah yang dibawakan oleh Anis.

Dewan menjadi gamat dengan kemunculan watak bapok iaitu Rozie dan Suzie yang dibawakan oleh Hisam dan Buzar. Rozie dan Suzie adalah rakan baik Bedah di Lorong Haji Taib. Munah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari Bedah di Lorong haji taib dan cuba memujuk Bedah balik kerana Mariah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Roslan. Bedah bersetuju untuk pulang ke kampong dan tinggal bersama Mariah. Namun yang menariknya apabila ‘suprise’ yang dibawakan oleh sketsa ini berjaya menarik minat penonton. Roslan yang baru sahaja berkahwin dengan Mariah, sebelum ini pernah melanggan Bedah di Lorong haji Taib. Roslan terkejut dan cuba memberitahu Mariah bahawa ibunya seorang pelacur. Mariah tidak dapat menerima hakikat tersebut. Namun, Kassim yang bertindak sebagai ayah Roslan muncul di tengah tengah kekalutan tersebut. Kassim terkejut apabila bekas kekasihnya Bedah muncul dihadapannya dan Bedah memberitahu bahawa Mariah adalah anak hasil keterlanjuran mereka dahulu.

Persoalan yang cuba dilontarkan melalui sketsa ini adakah perkahwinan Roslan dan Mariah sah di sisi Islam? Penonton pulang dengan persoalan tersebut.

Krew produksi harus dipuji kerana telah bertungkus lumus untuk menyediakan produksi semantap ini. Apa pun, selamat maju jaya untuk TTS.



Faisal "Pacel" Aziz
CEO The Qum Actors



Sila layari http://tronohtheatershop.blogspot.com untuk melihat gambar-gambar pementasan TTS Bundle Show.

Wednesday, August 18, 2010

Popcorn Kosmik: The Expendables

Sebelum kite pergi lebih jauh harus diingat bahawa sebelum menonton filem ini ada cuma satu dan satu sahaja peraturan utama (main rule) iaitu:

“STRICLY FOR FAN ONLY”

Cerita ini mengisahkan Barney Ross (Sylvester Stallone) mengetuai pasukan bekas tentera (dan yang setara dengannya) ”high end” dalam satu misi sulit CIA (lebih kurang la) untuk membunuh pemimpin diktator di Negara Vilena (rekaan semata mata) yang akhirnya mengetahui bahawa target sebenar mereka adalah bekas urang kuat CIA sendiri.

Okeh itu sahaja dikripsi filem nya.. Selebihnya hanyalah letupan dan adegan ganas yang tak mungkin mana2 pasangan ibu bapa yang bertanggungjawab akan membawa anak mereka untuk menonton bersama-sama.

Bagi aku filem ini mmg tiada konten dan hanya untuk tujuan hiburan semata-mata. Tetapi aku tetap memuji semangat 'grandpa' Stallone (selain badannya yg masih mantap!) yang cuba untuk mengumpul kan pelakon2 aksi veteran holywood dan usaha untuk menunjukan kepada dunia bagaimana filem aksi padat hollywod era 80-90 dibuat. Dan ya! Dia amat berjaya untuk itu.

Stallone dgn mudah mengadunkan kesemua ciri2 dibawah yang anda pasti lihat dalam filem aksi hollywodd pada era beliau:

  1. Jalan cerita mudah, tak berbilit2,setiap soalan akan dikasi jawapan,tak perlu na pikir2 da tahu da ending
  2. Watak jahat Super Villain yg cukup powerful & watak gunting dalam lipatan
  3. Sri kandi yg cukup cun dan sanggup bekorban apa sahaja demi hero
  4. Hero bekas ahli sukan
  5. Aksi stun sebenar & stunt bikin sendiri
  6. Teknik CGI pada tahap minimum (dan ala kadar)
  7. Adegan letupan & tembak menembak melampaui batas (mungkin stallone nak atasi rekod rambo?)
  8. Lawak macho satu ayat (one liner)
  9. Hero surang boleh p bunuh satu kem urang jahat
  10. Hero last2 menang dan dapat peluk cium heroin

Mungkin ramai yg apabila keluar dari panggung setelah menonton the expendable akan mengeluh ” this is a ridiculous attempt to insult my intelligence and sanity”

Bagi aku hanya ada satu jawapan “well chief, please refer back to the main rule above”.

Dan bagi fan (termasuk aku huhu) lebih specific mereka yang dibesarkan dengan menonton filem2 Rambo, Predator, Terminator, Die Hard dan yang seangkatan dengannya, The Expendable ialah sebuah filem tribute yg wajib tonton!

Real muscle, real stun, real pain hanya akan membuat kan Brandon Routh yang terapung2 di udara dengan sut ketat dan seluar dalam di luar nya tampak begitu hodoh sekali!

Moment yang pasti tidak dilupa (dan mungkin paling meninggalkan kesan) dalam filem ini ialah adengan “deep conversation” antara Sylvester Stallone dan Arnold Susahnaeja (Schwarzenegger) sambil diperhati oleh Bruce Willis. Adengan sindir menyindir dua actor besar rival di zaman mereka itu adalah kepuasan sebenar yang dicari oleh fan selama ini. Mana lagi na lihat Rambo denagan Terminator bergadoh walaupon sekadar perang mulut!

Dan dengan kutipan tiket mencanak canak En. Stallone bole berbangga sambil berkata “ This was how we did it in the eighties!”


Oleh: Khairulanwar Hatta

Popcorn Kosmik: The Last Airbender

Aku: weh aku na contribute kat TQA blog bleh?
Bos: ko bg aku article aku post
Aku: aku na jadi pengulas filem filem yg aku tonton bole? hahaha
Bos: bole ko mintak kat usop nak access
Aku: cun aku buat dulu ko review
Bos: ok

Maka dengan rasmi nye aku di ambil bekerja dengan jawatan pengkiritik filem “novice” dekat TQA blog. Harap2 wasatiah ler.. (mungkin bole lawan ku seman ku hussain atau a wahab hamzah kot?) huhuhu..

Okeh2 enuf dgn intro yg agak mengarot back to bisness..

So filem terkini yg aku tonton ialah The Last Airbender oleh M Night Syamalan (MNS).. Tak perlu aku cerita sape itu Encik Syamalan.. beliau bukan lah mamak yg bese kite lihat di warong2 tp seurang pengarah besar beb besar! Di Hollywood kelahiran Pondicherry, India.

Aku memang peminat setia Avatar: The Last Airbender siri kartun Nickelodeon yang amat popular suatu masa dulu.. dan bila mengetahui kisah itu akan difilemkan aku sungguh teruja malah berlebih-lebih lagi bila mengetahui yang ia di arahkan oleh MNS!


Siri Kartun: kegilaan aku sampai adikku terpaksa carik complete siri untuk koleksi peribadi huhuhu

Okeh2 take it slow.. Pada sesiapa yg tak mengetahui tentang cerita ini bagos kira nya aku cerita sedikit latar belakang cerita neh..

Arakian di suatu tempat (macam dragon ball jugak) dunia neh terbahagi kepada empat bangsa utama Api, Air, Angin & Tanah.. Setiap bangsa utama mampu memanipulasi element alam tertakluk kepada kategori masing2 (bangsa api berkuasa terhadap api, bangsa tanah terhadap tanah dsb)..

Kesemua bangsa hidup aman damai hinggalah bangsa api dibawah maharaja Fire Lord Ozai (dimulakan oleh datuknya Sozin) melancarkan perang untuk menguasai dunia..

Avatar pulak ialah seorang “bender” (gelaran kepada mereka yang berkebolehan untuk manipulasi element..ramai yang “kaki bangku” yang hidup sebagai orang awam) yang mempunyai bakat untuk menguasai kesemua element utama dan dia ditakdirkan menjadi pemimpin yang akan menjaga keamanan dan keharmonian keempat empat bangsa..

Aang daripada Nomad Angin, Kuil Angin Selatan ialah Avatar terakhir yang hilang seratus tahun dahulu dalam bekuan ais di kutub selatan kini kembali untuk pulihkan keseimbangan.. Cuma isu nya dia hanya tahu menggunakan angin dan perlu belajar tiga lagi element sebelum betul2 begelar Avatar!

Filem ini dibuat berdasarkan Buku 1: Air dan bagi aku sangat sangat la comprehensive hingga hilang “seni” yang ditonjol kan didalam siri kartun nya(macam dragon ball jugak)..

MNS seperti lost tak tahu mana na mula tak tahu mana na berhenti.. kelam kabut serabut! Atau die bukan follower pon? Aku kecewa!


Empat element: filem ini sepatutnya menjadi seperti Harry Potter!

Memang aku boleh agak kerana Buku 1 sendiri ada hamper 20 episod berdurasi lebih 400 minit sedangkan filem nya hanyalah kira2 100 minit sahaja!

Watak utama seperti Katara,Sokka, Pakcik Iroh tidak dibina sepenuhnya dan mungkin Putera Zuko (lakonan Dev Patel hero slumdog millionaire)yang antagonist sahaja agak menonjol. Bison & monyet terbang yang begitu hebat dalam siri kartun pon hanya ala kadar sahaja.

Mujur kesan khas visual nya agak mengagumkan (aku bayar untuk tayangan-3D RM18 satu tiket total RM36 sebab tengok dengan wife aku) tapi takde beza pon rasenye kalau tengok yang tayangan-biasa sebab kesan 3D tidak nampak sangat.

Oleh: Khairulanwar Hatta