Selamat datang ke blog rasmi The Qum Actors. Blog ini masih dalam pembinaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Terima kasih atas kesudian anda melawat blog kami.
Ahad, November 08, 2009
Penghargaan & Terima Kasih
Aini, Aizuddin, Anuar, Fauzan, Helmi, Izzi, Am dan Zai...
Terima kasih atas sumbangan idea dan tenaga anda semua sepanjang berkhidmat bersama TTS. Saya amat kagum dan menyegani anda semua. Dengan izin Allah, organisasi TTS telapun berkembang kerana usaha anda semua. Inilah yang dikatakan 'Rahmat'.
Pada setiap hati anda semua, saya tahu betapa sayangnya anda semua kepada warga TTS dan jauh dilubuk hati anda, anda rela menyumbangkan idea dan tenaga walaupun sudah tamat pengajian. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa, anda semua membesar dengan TTS dan saya juga pernah menjadi salah seorang daripadanya dahulu.
Kenangan dan pelajaran yang anda semua perolehi di dalam TTS harus digunakan sewaktu berkerja kelak. Ketahuilah, cabaran sewaktu berkerja adalah lebih berat. Jadi persiapkan diri dan jika masih lagi bersemangat untuk menyumbang di dalam bidang teater, The Qum Actors (TQA) adalah salah satu landasannya.
Saya yakin, kita mampu untuk membina TQA yang lebih gemilang. Namun itu semua bergantung kepada apa yang kita pertaruhkan terutamanya usaha dan tawakal. Hal hal yang kemudian, serahkan pada Allah untuk menentukannya. Perkara yang penting adalah bagaimana harus kita menagaturkan strategi untuk membangunkan TQA.Dari segi program program tahunan dan pementasan teater.
Sahabat sahabat semua, masa selalunya akan mengejar kita. Namun kita harus selalu kehadapan dan bersegera kerana tanggungjawab akan selalu tersedia untuk kita malah bertambah.
Saya berharap, untuk sesiapa sahaja yang akan bertugas di Kuala Lumpur. Usah segan dan menjadi orang asing untuk membantu TQA nanti. Pada saya, tugas kita bukan sahaja untuk bekerja memenuhi keperluan diri sendiri, namun hidup kita adalah untuk berjuang. 'Hiduplah untuk memberi sebanyak banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak banyaknya'. Cara kita memberi adalah melalui aktivit yang mampu membina masyarakat dan yang penting masuk dalam setiap jaluran fabrik masyarakat.
Sebahagian hidup kita adalah untuk orang lain. Maka belajarlah untuk memberi dan menyumbang kelak...
Terima Kasih :)
The Shark Attack Theatre Tour
Setelah beberapa lama saya tidak mengemaskini blog ini. Ada bnyak perkara yang berlaku semenjak berakhirnya Festival Teater Kuala Lumpur 2009 (FTKL '09).
Baru baru ini, bertempat di tempat yang sama di Taman Budaya Kuala Lumpur (TBKL), Tronoh Theatre Shop (TTS) dan The Qum Actors (TQA) telah berjaya mementaskan 3 naskah Dr. Shark iaitu Asylum, Tok Janggut, Miao Miao Sang Arnab (MMSA) dan juga 3 buah 'Mime'.
Secara peribadi usaha ini adalah sesuatu yang amat membanggakan. Terima kasih pada semua (terutamanya ahli TTS)yang telah mencurahkan sepenuh hati usaha dan tenaga. Andai kita ikhlas, rahmat Allah tetap dapat diraih.
TTS telah memulakan jelajah teaternya yang dinamakan The Shark Attack Theatre Tour (TSATT) sedari minggu kedua Syawal dan berakhir 3 minggu selepas itu. Bermula di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan berakhir di Taman Budaya Kuala Lumpur (TBKL).
Secara keseluruhannya, persembahan Asylum memang sangat menghiburkan. Penonton dengan jelas terhibur menikmati Asylum. Namun perubahan naik turun 'energy' itu tetap tidak dapat dielakkan.
Mutu lakonan 'Attendan' (Atul) boleh dipuji jika dibandingkan dengan penampilan pertamanya di dalam 'Our Land' dan 'Taqdir'. Perubahan dari segi vokal yang cukup ketara. Pada saya, kegarangan dan kejegilan wataknya wataknya memberi impak yang besar kepada pementasan ini. Mungkin watak yang cuba ditonjolkan adalah watak attendan yang mengalami 'Middle Age' crisis atau secara khususnya untuk perempuan ialah 'Putus Haid'. Garang tidak tentu pasal. Cuma Atul perlu hati hati dari segi 'energy' untuk persembahan persembahan yang akan datang.
Mutu lakonan 'Mat Merah' (Daus) boleh lebih lagi diperbaiki. Seharusnya Daus boleh mempergunakan kelebihan fizikalnya yang kurus untuk mencipta wataknya yang supaya nampak lebih 'animated'. Jikalau itu dapat ditonjolkan, ia akan menjadi sangat berkesan.
Lakonan 'Baby' (Acab), sangat mencabar, sedangkan saya sendiri pernah melakonkan watak tersebut. Selalunya apabila terlalu lama di atas pentas watak tersebut semakin pudar. Seharusnya watak 'Baby' tersebut boleh ditambah kecomelannya dengan menggunakan lebih banyak perkataan perkataan seorang 'Baby'. 'Abushhh','Yak iyak iyak','cuyu cuyu' dan macam lagi lagi. (Agaknya begitulah bunyinya).
Untuk watak watak yang lain saya sangat berpuas hati. Mungkin kerana mereka sudah lama berlakon. Terdapat juga beberapa pelakon pelakon baru yang mnyertai TTS dan saya ucapkan 'Welcome on board, may this challenging journey get you last long'.
Saya ingin mengucapakan terima kasih kepada pelakon pelakon dan krew MMSA yang sudi meluangkan masa selama seminggu dan hujung minggu mereka untuk berlakon dalam MMSA kali ini.
Penampilan 'Roy' (Saha) kali ini berbeza sedikit dengan penampilan sewaktu FTKL '09. Untuk hari yang pertama, Saha agak masih nampak kaku. Namun setelah diberi pemahaman untuk bertenang sewaktu berlakon, Saha berjaya mengubah gaya seorang 'Playboy'. Dengan gaya tenang beliau dapat 'bermain' dengan set set yang telah disediakan seperti kerusi, rokok, dan juga jaket. Jadi, watak 'Roy' tidaklah menjadi kaku dan nampak 'menikmati'. Cuma Saha perlu memperbaiki dari segi penggunaan 'Tone' suara agar dipelbagaikan.
Nisa perlu banyak diperbaiki. Wataknya agak nampak kurang menyerlah kerana mungkin 'line' yang dilontarkan adalah monolog. Wataknya nampak sedikit meleret namun terdapat banyak ruang untuk diperbaiki dan saya yakin beliau terbuka terhadap penambahbaikan mutu lakonan. Mungkin selepas beliau kembali ke UTP nanti, beliau akan dapat lebih bnyak peluang untuk berlakon secara 'dialog'.
Watak 'Mat' dan 'Arnab' yang dilakonkan oleh saya dan Koba juga terdapat beberapa kelemahan. Penonton menyedari terdapat beberapa ketika 'Mat' dan 'Arnab' agak laju dan satu ketika agak meleret. Arnab dikatakan cuba menjadikan babak yang memaparkan isu utama didalam MMSA iaitu kemanusiaan dalam bentuk lawak dan mengharapkan penonton untuk gelak. Saya akui kesilapan saya dan akan saya perbaiki nnti untuk pementasan pementasan yang akan datang. Mat juga masih nampak kurang 'emotion' didalam lakonannya. Namun saya percaya, lebih banyak pementasan, maka lebih banyaklah yang akan dipelajari.Saya bersedia untuk memperbaiki mutu lakonan saya dan ingin mencari naskah naskah bermutu untuk dilakonkan.
Watak 'Pak Tam' sekali lagi menjadi penyelamat MMSA. Watak ini diwujudkan untuk menjadikan MMSA lebih menarik dan tidak hanya tertumpu pada isu utamanya. Krail jelas menikmati watak 'Pak Tam' Negeri Sembilannya. Sangat hebat! Penonton amat menggemari watak 'Pak Tam'.
Buat yang terakhirnya saya sekali lagi amat berterima kasih pada semua yang telah terlibat dalam TSATT. Saya yakin, TTS akan terus maju bersama mereka yang komited untuk menggerakkannya. Saya amat berbangga kerana TTS masih lagi mengekalkan ciri ciri teater yang berlandaskan syariat. Saya harap TTS dan TQA akan membawa gelombang perubahan kepada dunia teater di Malaysia dan akan pergi lebih jauh lagi untuk mementaskan teater bukan setakat di Malaysia malah di luar. Itu impian kita. Namun, objektif utama kita adalah untuk mendidik masyarakat melalui kupasan isu isu yang dekat dengan hati masyarakat. Keredhaan Allah mengatasi segala objektif yang kita tetapkan. :)
Selasa, Ogos 11, 2009
Miao Mioa Sang Arnab (Sudut Pandang Afifi)
Sang Arnab yang menjadi makna simbolik terhadap gelojak jiwa di dalam diri Mat setelah tersirna di dalam dunia percintaan dan berpacaran ternyata membawa suatu gambaran kepada betapa rapuh dan suasana yang dipenuhi ketidak pastian bagi mereka yang terjerumus ke dalam dunia percintaan di luar pernikahan.
Tidak hairan niat dan usaha Mat untuk membunuh diri ternyata membawa makna yang besar akan akibat cinta yang tidak didasari kepastian yang wujud dari ikatan pernikahan. Keindahan yang menyilaukan dan sungguh meruntun hati apabila terikat dengan cinta kepada seorang wanita yang tidak pasti kesetiaannya terhadap Mat membawa perasaan penonton untuk turut merasai betapa pedihnya kekecewaan saat dipermainkan cinta yang buta. Jelas nyata di hadapan saya betapa cinta di luar ikatan pernikahan ternyata bisa membinasakan jiwa malahan hidup seluruhnya. Pernikahan yang memberikan sebuah kepastian, perasaan bertanggungjawab dan kasih cinta yang bisa diterjemahkan tanpa batasan sebenarnya membawa pengakhiran yang membahagiakan. Namun, tanpa ikatan pernikahan, cinta yang turut diterjemahkan akhirnya menjadikan manusia itu ibarat binatang, malahan lebih hina kerana binatang juga turut mempunyai sifat-sifat mulia yang sepatutnya dimiliki manusia selaku khalifah dan hamba dibumi Allah SWT. Ini jelas tergambar dari usaha Arn untuk menyelami apa itu cinta dan apakah yang perlu dilakukannya untuk menjadi manusia dalam erti yang sebenarnya. Jika dibandingkan dengan Pak Tam dan Johan (maaf tak ingat nama karakter playboy tu) yang walaupun manusia tetapi jauh tersimpang dari sifat manusia yang sebenarnya akibat terpedaya ditipu keindahan dan keseronokan membolot harta dan membolot keenakan bercinta semata-mata memuaskan kehendak yang membawa kepada kenistaan sejati.
Sifat ingin tahu dan usaha gigih Arn di dalam usahanya untuk mengenal dan merubah dirinya menjadi manusia dalam erti yang sebenarnya sungguh mengharukan dalam aspek betapa besar tenaga, masa dan keringat yang harus dikorbankan bagi mencapai kemampuan untuk mengenal tentang hakikat sebenar seorang manusia, makhluk ciptaan Allah SWT yang mempunyai tujuan tertentu yang jelas lagi tersuluh. Suasana sedikit pun tidak mempengaruhinya untuk turut serta terjerumus di dalam kancah nista, malah itu menjadi bahan bakar untuk semangatnya mencari dan berusaha menjadi manusia yang mulia, jauh lebih baik dari Pak Tam dan Johan yang ternyata sudah tersimpang jauh di dalam hidupnya masing-masing.
Ternyata memahami tujuan kehidupan di dunia ini dan ke mana kita menuju selepas kematian adalah terlalu penting untuk tidak diambil endah. Malahan tanpanya, sudah tentu kesesatan yang pasti bakal kita tempuhi serta pengakhiran yang sungguh menistakan. Ternyata panduan ini tidak dapat tidak melainkan ianya diambil dari sumber wahyu tertinggi yakni Al-Quran dan As Sunnah utusan yang Maha Pencipta yang menciptakan manusia itu dengan ‘tangan’Nya sendiri. Yang meniupkan roh ke dalam sanubari diri ini yang membentuk jiwa yang darinya timbul Iman dan cinta. Sesugguhnya cinta yang sejati adalah hanya kepadaNya yang Maha Esa, Maha Penyayang, yang memiliki dan mengurniakan cinta di dalam jiwa manusia.
“Demi jiwa dan penyempurnaannya. Maka diilhamkan kepadanya jalan kebaikan dan keburukan. Sungguh, beruntunglah bagi mereka yang menyucikannya. Dan sungguh merugilah bagi mereka yang mengotorinya.”
(Quran Surah Asy Syams 91:7-10)
ThinkPlanAct.
http://thinkplanact.wordpress.com
Selasa, 11 Julai 2009
11.23pg
Khamis, Ogos 06, 2009
Kata Kata Penulis MMSA FTKL '09
Hmmm…No? …okay okay, I’ll rewrite the play to have Lutfi (if he agrees) for the play. Hence, it was wonderful writing the script designed for my most loveable actor since I know how he would deliver it! And I know he only needs minimal guidance as always. An actor who could be as real as your mother and father! So I edited the original CSA script into MMSA script, gave it to Pacel. Here you go…direct it! Hence, this started the ONE MAN production of MMSA by none other than the director himself incharge of everything! Talk about commitment.
Volunteers for his production comes from ex TTS (except for the newcomer Saha) members. However, commitment from some are left to be desired. (you would expect they remember that they are no longer doing a UTP production but an external one!). Actors have to check in by 6 pm. No going out for dinners anymore! Everybody has to be at their stations at 8pm! (immediately after maghrib). Actors should be disciplined enough to be at their respective spots after getting their instructions. It is difficult, but things have to be done for a production. Emotions do not need to be flying if everybody knows their responsibilities.
Now comes the director’s lamentations…oh…they are so not free. Oh they are so not concentrating. Oh you are taking him overseas! (tak jadi lah!). Oh he is meeting his fiancĂ©. Hmmm….well, my dear. You are the director. I can’t get involved. I’m in the Perak’s Tok Janggut’s fight for FTP09 (ehem , ehem). But I’ll be your driver, since you use my script. You don’t have props, you can borrow TTS props with minimal charge (RM0). Pacel did managed to gather all the groups together.
But he has Pot in the role of Roy. One discussion over Polo’s dinner treat (yes, I do “pau” my former graduates) with them in Kerteh lead one thing to another…and an idea came out to incorporate the script into a more street “musical” story. With Pot and Polo….the hottest indie Band in Kerteh? Ye ke? Tak pernah dengar pun. They will be the story teller. Okay, okay…I went back …reedited the script. emailed it to Pacel. Here you go,…send it to them. No, no…you need to create your own melody not MNasir ke ape ke! The bomb dropped…Usop quits, Pot has a course…..I don’t know Pacel. What? Saha? Who is he? Newcomer? Okay…let me see….boleh lahhhhh kot. (ye, kot.) U yang nak direct. Then what about Pot and Polo. You know what? Why don’t you invite Neesa to be the storyteller…who is the storyteller? Hmmmm….Ros! (Now, the most awaited moment of Ros to be incarnated (not alive before)! Ros materializes! (when does this happen?...two days before using the storyteller’s lines!) Now you have an actress in MMSA! (best actress award?....errrr…nahhhh…not enuf la….) But you do have an actress at least. (love the interpretation by Akin on her costume). So…now you have a play….Ros telling a story about humanity and how he lost Mat and she is now on the verge of committing suicide…the beginning of Cinta Sang Arnab (well, wangi, ros….same lah…wow a prequel!...nak buat sequel ke? Anak Sang Arnab?...hahahahaah..)
How was the play? What play? oh you mean MMSA? Well, the show started with a technical blunder from an ex Med Tech (long history here). However, from there on, it was a smooth non technical error (one is enough). The followspot had some problems with fused transformers I heard. I watched the rehearsals, I stayed for them. Anyway…the rehearsals went smoothly. I did not see any emo diva actors on stage (errrr…ada ke?...tak perasan kot..there was a Tok Janggut snippet performed by the primadiva I think..hahahah) Flyers been distributed to CM, mime promo by the famous TTS Mime Artist – Anuar! (no, not Anwar Ibrahim!). He may replace the famous Marcel Marceau soon I hope….one day maybe.
Despite everything, the show was basically a hit! And this is Qum’s first production! The audiences response is the proof! Forget the judges! You can see TQA saying: Hey, guys! Here I am! Come and get me! (remembering the line from Victor Victoria’s sluttish character played by…errr???). Yes, TQA made their first mark in the theatre scene with this play. The only thing now is to move on! What do to do next? Are the actors ready? Are the group ready? I just hope it will not die a quick death like GestShop in 1993! Rules of the game have to be set.
What type of productions? (similar to TTS I hope!). More shows needed to bring this out. But it can be just FREE shows initially to further introduce them to the general public (CM?). Whatever it is, they need to plan. A management team need to be set up immediately. What’s with the new batch of TTS members graduating in December! They are too excited to be on board. (I think!, Are you?). I wish all the best to TQA! May Allah bless whatever you do. Because whatever you do, it should be for the sake of HIM. Bravo Pacel!
How was the actors? Hmmmm….let’s go for the easiest shall we? Pak Tam portrayed by Lutfi – wow….the play was actually saved by Lutfi’s Pak Tam. I doubt Fati Ermi can do much better than this. It was so hilarious when he came on stage. And the moment he appeared on stage, the audience is all geared up to laugh at his antics. Superb performance. Its as if the script was rewritten for him! (yes it was!...ahhaaha). Any flaws if there is any was hidden and tucked away in his moments of thinking. I heard he was only trained for this role for the two days prior to bump in! (now…can YOU do that? Dare you?)
Lutfi deserved the Best Supporting Role for FTKL09! (I don’t care about others..but he deserved the nomination and recognition…..frustrated when he did not get it in Asylum50 in FTP07!). Now, it’s revenge time I guess. Being in Qum Actors is the platform for these EX-TTSians!
You got it Pak Tam & the Boys! (oh….nak tukar nama ke Qum Actors?)
Arnab@Arn’s energy played by Pacel(the director himself!) was high. The heat and energy melted his make up throughout the play (what make up artist did they use? must be a cheap one). You can see it dripping!
However, Pacel managed to maintain his energy from scene 1. He could have came in with lower energy and increase it along the way. But he did manage to maintain it. Lots of energy of preparation, staging was single handedly done by him! Crazy, just crazy. And he has to act too? What Pacel (not Arn) need to improve to is to learn the art of fine cuisine acting (I just created that!) when on stage. The words can come as naturally as the character. However he has a problem. Not his problem. But his coactor. He can also use the Pak Tam’s technique of “thinking” and “responding” while waiting/listening to others. This was really obvious with Koba as Mat at times when the emotions are running low in the scene. Koba’s portrayal as Mat could have been much better. Facial expressions would not be enough if the feelings do not come from within. Delivering lines in anticipation is certainly not the way. What do you do when your co-actor is delivering the lines? Koba has done this role back in UTP…errr…100 times? This is the time he could have showed all. However, some scenes by Koba are quite good.
Just that the audience did not feel with him (me, basically). I hope in further productions of TQA he will be more into it. Now…Neesa….what do I say…despite tripping over the actors in the dark, she was really good in the first scene. However, (yes, however…) the character remained stagnant in the next scenes and she tried to go higher up with the death of Arn. I did not feel it. I want to see her face in tears, not sobbing. But she faced the floor. She should remember, offstage, she should still be in character till the show ended! An actor has to already be in character when in full view of the audience (when you are out of the curtains, even in the dark!) Watching the rehearsals, this was the best performance from her. She only performed with an audience. That is a big problem. The director will never know what she will give on the performance day! Some commented on her small voice, some commented on her dancing….All in all, she is a dangerous girl! (?). Last but not least, Saha as Roy was commendable in his acting. Energy in the scene was maintained. You can feel the audience in their seats making sense (or nonsense!) of his views and ideologies!
However, again anticipations of his co-actor made him “wait” a few times. The scene could be more natural. But it was just okay. Especially a first timer on stage! Good performance Saha!
All, in all, I think TQA deserves a big applause especially to the founders Pacel and Usop for setting a base for the TTS members (hey, if they are not interested, forget them…..you got lots in KL to choose from!). TQA needs to think of setting up a management team ASAP to be successful in this business. Pacel, you have made an impact in the Malay Theatre Scene. Bravo! Despite being infected by SLS, it should not affect the director (it affected me in Tok Janggut though! and Jebat!) it should not stop here, even when after you are Married With Children (remember the series?). Again, I salute TQA!
The writer of MMSA prequel of CSA,
Dr. Shark.
Advisor,
Tronoh Theatre Shop (TTS)
Universiti Teknologi PETRONAS
Keputusan FTKL 09
Ingin saya ucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah diatas kejayaan The Qum Actors (TQA) merangkul tempat ketiga dalam Festival Teater Kula Lumpur 2009 (FTKL ’09). Ucapan tahniah juga kepada Lutfi Othman yang melakonkan watak ‘Pak Tam’ kerana berjaya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik. Akhirnya, rezeki Lutfi di Kuala Lumpur.
Selain itu, MMSA juga tercalon dalam beberapa kategori iaitu:
i) Pelakon Harapan Wanita Terbaik- Khairunnisa watak ‘Ros’
ii) Pelakon Lelaki Terbaik: Faisal Aziz watak ‘Arnab’
iii) Pengarahan Terbaik- Faisal Aziz
Berikut adalah keputusan penuh FTKL ’09 bagi kategori NGO/IPT:
i) Johan: Mekar Budaya ‘Peristiza di Zoo’
ii) Naib Johan: Ilham Art Management Services ‘Transit Warga Tanah’
iii) Tempat ke-3: The Qum Actors ‘Miao Miao Sang Arnab’
Kepada TQA, perjalanan baru bermula. Saya mengharapkan penglibatan yang lebih aktif pada masa masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.
Masa Hadapan Hiburan Malaysia
Tiba tiba saya merasa terpanggil untuk membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan hiburan di Malaysia. Lewat kebelakangan beberapa orang yang saya temui menyatakan rasa kecewa mereka terhadap kualiti rancangan dan hiburan tontonan mereka. Memang tidak dinafikan, sejak akhir akhir ini kebanjiran siri drama yang banyaknya berkisarkan tentang cinta, cerita seram dan unsur unsur mistik. Tidak kurang pula dengan rancangan rancangan realiti yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan lantas melahirkan bakat bakat segera. Fenomena sebegini sedikit sebanyak mengubah cara kita sebagai rakyat Malaysia.
Saya akui, memang menjadi hak sesiapa sahaja untuk menghasilkan karya mengikut ‘genre’ kegemaran masing masing. Namun sebagai penulis, kesedaran terhadap tanggungjwab sosial adalah sangat mustahak. Penulis mahupun penerbit atau sesiapa sahaja perlu peka terhadap perkembangan sosial masyarakat setempat. Karya karya yang mampu meniup semangat perpaduan sert mencabar kematangan fikiran rakyat haruslah digalakkan. Muktahir ini, kita kelihatan seakan akan ketandusan idea idea yang bernas dalam penghasilan filem filem bermutu. Filem filem yang diterbitkan lebih kepada hiburan ringan dan picisan.
Pendekatan yang tidak bertentangan dengan nilai agama seharusnya menjadi prinsip utama dalam penghasilan sesebuah karya. Mungkin sesetengah pihak menganggap cara sebegini sangat jumud dan kononnya ketinggalan zaman. Nasihat saya, lihatlah gelas itu setengah penuh daripada setengah kosong. Sikap kreatif seharusnya menjadi dasar untuk menghasilkan sesuatu karya agar tidak melanggar batasan agama. Dalam mempersoalkan isu cinta, perlukah sesbuah karya itu memaparkan isu cinta antara laki laki dan perempuan yang bukan muhrim? Berpegangan tangan, berpelukan, bercumbu dan sebagainya. Jelas disini, maksud cinta itu telah disempitkan dengan hanya memaparkan perkara sebegitu.
Ayuh kita cabar minda denagn menyingkap maksud cinta dengan lebih luas. Cinta antara ahli keluarga, bagaimana seorang bapa yang berjuang untuk menyelamatakan anaknya diambang maut (ambil contoh John Q). Cinta terhadap haiwan dan alam (ambil contoh Free Willy). Malah cinta yang paling agung, cinta kepada Pencipta.
Saya pernah berkesempatan menonton filem ‘I am Sam’ arahan Jessie Nelson dan dibintangi oleh Sean Penn serta Dakota Fanning. Filem yang mengisahkan seorang pemuda (Sean Penn) yang terencat akal berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap seorang kanak kanak yang ditinggalkan ibunya (Dakota Fanning). Cogankata untuk filem tersebuit berbunyi “All you need is love…~”. Jelas cerita ini membuktikan perasaan cinta mampu diterjemahkan oleh sesiapa sahaja. Hatta seorang yang terencat akal. Malah, filem ini juga merentasi ruang lingkup kemanusiaan.
Dalam menghasilkan filem sebegini, keterbukaan adalah sangat penting. Terbuka dalam menafsirkan sesuatu subjek, tetapi memilih maksud yang terbaik untuk dipersembahkan kepada masyarakat ramai. Lebih membanggakan ia sedikitpun tidak melampaui norma dan batas batas agama.
Saya yakin kita mempunyai pengarah pengarah yang hebat dan idealis. Namun kebanyakannya takut untuk menghasilkan filem filem yang mampu mencabar minda masyarakat. Alasan yang kerap kedengaran seperti “Isk… Tak boleh jual ni!”, “Siapalah yang nak tengok filem ko neh…syok sendiri lah!”, dan menggunung alasan diberikan. Persoalannya, sampai bila filem filem dan rancangan kita mahu berada dalam ‘status quo’?
Demi memajukan industri kita, seharusnya kita perlu berani dan sangat berani. Memang sukar pada mulanya. Perjalanan seribu batu harus bermula dengan langkah pertama. Maka, langkah pertamanya adalah cuba menghasilkan karya karya secara bebas atau ‘independent’. Sekarang telah ramai anak muda yang berani menyatakan pendapat mereka melalui penghasilan penghasilan karya. Mungkin pada mulanya akan terpengaruh dengan gaya arahan atau penulisan luar. Namun saya yakin, jika ia dipupuk dengan baik maka budaya ini akan bercambah dan mampu membawa perubahan yang sangat baik kepada kita semua.















