Friday, March 27, 2009

Akan datang: Miao Miao Sang Arnab

The Qum Actors akan mementaskan sebuah teater buat julung kalinya sewaktu Festival Teater Kuala Lumpur akan datang. Berikut adalah butiran lanjut pementasan tersebut:


TARIKH: 21 Julai 2009

MASA: 9.00 malam

TEMPAT: Auditorium Taman Budaya KL

JUDUL: Miao Miao Sang Arnab

KARYA: Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr. Shark)

PENGARAH: Faisal Aziz

LAKONAN:

Faisal Aziz
sebagai Arnab

Azmi Yaakob
sebagai Mat

Lutfi Othman
sebagai Pak Tam

Faiz Putra
sebagai Roy


SINOPSIS:

MAT seorang lelaki yang kecewa dengan percintaanya telah membuat keputusan untuk membunuh diri di jambatan Pulau Pinang. Niatnya itu telah di batalkan apabila di tegur oleh seekur arnab yang sedang menuju ke Pulau Pinang ketika itu. Dari pertemuan yang tidak di sangka itu (tambahan pula dia belum pernah bertemu dengan seekur arnab yang boleh bercakap), MAT mengajak arnab bertandang ke apartmentnya.
Di apartmentnya, MAT tinggal seorang diri dan MAT mempelawa arnab tinggal bersamanya. Di ketahuinya juga bahawa arnab bukan sebarang arnab. Arnab juga boleh berubah-ubah menjadi binatang lain mengikut kehendaknya. MAT mendapat teman serumah yang membuatnya lupa akan dirinya yang sebenarnya. Mereka bergurau senda hingga mendapat aduan dari jiran sebelah. Pak Tam merupakan seorang jiran yang suka jaga tepi kain orang. Beberapa peristiwa lucu telah terjadi apabila Pak Tam cuba mencungkil rahsia peribadi MAT dengan menyangka MAT menyimpan perempuan di rumahnya. Kehidupan mereka berdua seolah-olah dua sahabat yang paling karib, dengan senda gurau mereka dan juga dalam melayani jiran mereka Pak Tam.
Kegembiraan MAT telah di sentak dengan kedatangan Roy. Roy, bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, berpendapat MAT dapat menerima sikapnya yang suka berpeleseran dengan wanita. Konfrantasi antara MAT dan roy hanya di dengari oleh arnab dan ia berakhir dengan roy meninggalkan MAT yang kini lebih rapuh peribadinya kerana mengetahui Roylah yang telah merampas Ros dari nya.
Arnab yang mula mengajukan soalan-soalan berkenaan dengan cinta dan kemanusiaan. Apabila arnab melahirkan perasaannya untuk bercinta dengan manusia, ianya hanya di tertawakan oleh MAT . MAT menerangkan cinta manusia berlainan. Arnab cuba menunjukkan kepada MAT dengan berusaha menjadi seorang lelaki, tetapi setiap kali ia bertukar, ia menjadi binatang lain. Arnab mencuba sedaya upaya bertukar menjadi lelaki namun setiap kali ia bertukar, binatang juga jadinya. Pertukaran menjadi berkecamuk apabila dua tiga binatang telah muncul di satu masa. MAT menjadi panik dan cuba menenangkan arnab yang berada di dalam kesakitan. Akhirnya arnab mati di pangkuan MAT sebagai seorang manusia.
Apakah arnab benar benar wujud dalam hidup Mat? Adakah ianya hanya igauan Mat? Atau adakah arnab sebahagian dari Mat yang ingin bebas? Kemanakah akhiran hidup Mat?


TEMA:

Mesej yang hendak di tonjolkan di dalam drama ini adalah tentang nilai-nilai kemanusiaan di dalam diri arnab dan roy. Nilai-nilai kemanusiaan inilah yang akan merubah pendirian MAT seorang lelaki yang insecure dan kecewa dalam hidup. Di tonjolkan juga betapa nilai jiwa sang arnab yang berkait rapat dengan nilai kemanusiaan dan bukan hanya di dasarkan dari segi fizikalnya sahaja.