Pada tahun 2007, pembikin filem independent Amerika Syt. Michael Moore telah menerbitkan “SiCKO” , sebuah filem yang secara terang-terangan mengkritik sistem kesihatan negara Uncle Sam. Dalam filem itu Moore secara sinikal mengutuk kerajaan US tentang polisi kesihatan asas rakyat, bagaimana firma insuran & farmasi menguasai hospital-hospital dan penderitaan rakyat kelas bawahan menyambung nyawa di bawah tekanan sistem yang amat berat sebelah tersebut. Sesiapa yang tidak berduit, akan dipinggir dan terbiar menunggu kematian.
Repo Men pula, bagi aku, telah meneruskan kesinabungan perasaan tidak puas hati tersebut, dalam versi fantasi Hollywood.
Berlatar belakangkan masa hadapan (2025), filem ini berputar mengenai kehidupan seurang lelaki yg bekerja sebagai lelaki Repo dengan sebuah syarikat koperat (atau keparat?) gergasi The Union yang menawarkan teknologi organ gantian kepada pesakit (spt. hati, jantung, limpa dsb.) dimana mereka tak perlu lagi menanti kepada penderma tetapi hanya perlu mendaftar dengan pelan pembayaran ansuran mudah untuk mendapat organ baru dan meneruskan hidup. Isu nya, organ tersebut sangat mahal, pelan ansuran itu tidak mudah tetapi menekan dan akhirnya ramai pesakit lari dari membayar hutang. Oleh sebab itu, pihak syarikat akan menghantar lelaki Repo (seperti juga penarik kereta) untuk mendapatkan kembali organ itu, secara paksa, dan tiada gantian. Mereka akan dipengsankan, tanpa mengira tempat, dibedah dan diambil organ,dan dibiar sendiri menanti ajal!
Jalan cerita & penceritaan filem ini dikritik oleh pelbagai pihak, mungkin kerana skrip nya yg mudah (atau penulis skrip pening kepala untuk mengadaptasi novel Repossession Mambo ke layar perak?). Contoh, tahun 2025 hanya diambil untuk menyatakan bahawa teknologi itu mungkin sudah ada pada waktu itu tetapi pada masa yg sama gagal dalam menonjolkan perbezaan menyakinkan (cth. cara hidup, pakaian, pengangkutan, seni bina arkitektur dsb.) dengan masa sekarang. Ini menyebabkan penonton terlupa bahawa mereka sebenarnya sedang menonton filem sci-fi (seperti Minority Report & I, Robot).
Tetapi bagi aku, Jude Law sebagai Remy (rank #1 Repo Man di Union) telah melaksanakan tugas beliau dengan hebat. Permainan emosi yg ditunjukkan beliau sgt berkesan. Dari seurang Repo Man yg selamberdog mengambil balik organ pemiutang tanpa belas kasihan dlm masa yg sama seurang bapa yg penyanyang, bertukar kepada agen yg mula merasa kerjanya tak ubah seperti pembunuh bersiri dan akhirnya menjadi pemberontak yang tak takut mati melancarkan perang terhadap majikannya sendiri.
Digandingkan bersama Forest Whitaker sebagai Jake (rakan sekerja Remy), aksi ganas sambil disulami jenaka yg bersahaja memang menghiburkan! Tetapi chemistry Law yg berpasangan dengan Robert Downey Jr dlm Sherlock Holmes lebih berbisa.
Aksi keras & sadis yg dipaparkan dalam filem ini walaupon kurang sedikit (jika filem 2006 Turistas dijadikan benchmark) tetapi tetap mengujakan dan mampu menyesakkan nafas!
Dan bagi aku sudah pasti ending nya! Walaupon tidak meyakinkan sgt tetapi sekurang kurangnya menjadi salah satu elemen yang melonjakkan filem ini.
Ingin tahu bagaimana filem ini ditutup? Masih lagi dipawagam, atau mungkin sudah berada di pasaran gelap lanun centak-rompak.
No comments:
Post a Comment