Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

teater ANUGERAH MERDEKA


Dengan bangganya kumpulan teater
TRONOH THEATRE SHOP (TTS)
dan
THE QUM ACTORS (TQA)
akan mempersembahkan tiga karya daripada penulis TTS-TQA terkenal iaitu DrShark, Akin, dan Sefa sempena teater ANUGERAH MERDEKA yang bakal berlangsung pada 31 Mei hingga 5 Jun* 2010 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Budaya & Pustaka Kuala Lumpur.


akan datang di Festival Teater Anugerah Merdeka DBP;

Jiwa Merdeka oleh DrShark


L.I.F oleh Akin


MAR- day oleh Sefa


*tarikh dan masa bagi ketiga-tiga persembahan ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Thursday, August 06, 2009

Keputusan FTKL 09

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ingin saya ucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah diatas kejayaan The Qum Actors (TQA) merangkul tempat ketiga dalam Festival Teater Kula Lumpur 2009 (FTKL ’09). Ucapan tahniah juga kepada Lutfi Othman yang melakonkan watak ‘Pak Tam’ kerana berjaya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik. Akhirnya, rezeki Lutfi di Kuala Lumpur.

Selain itu, MMSA juga tercalon dalam beberapa kategori iaitu:

i) Pelakon Harapan Wanita Terbaik- Khairunnisa watak ‘Ros’
ii) Pelakon Lelaki Terbaik: Faisal Aziz watak ‘Arnab’
iii) Pengarahan Terbaik- Faisal Aziz


Berikut adalah keputusan penuh FTKL ’09 bagi kategori NGO/IPT:

i) Johan: Mekar Budaya ‘Peristiza di Zoo’
ii) Naib Johan: Ilham Art Management Services ‘Transit Warga Tanah’
iii) Tempat ke-3: The Qum Actors ‘Miao Miao Sang Arnab’


Kepada TQA, perjalanan baru bermula. Saya mengharapkan penglibatan yang lebih aktif pada masa masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.