Saturday, October 30, 2010

The Qum Actors di Lorong Seni Putrajaya

Tanggal 23 Oktober 2010, hari Sabtu, The Qum Actors telah turut sama memeriahkan satu acara yang bernama Lorong Seni yang dianjurkan oleh Kaki Teater Muda Putrajaya bertempat di Menara KBS, Presint 4, Putrajaya. Acara bermula dari 12.00 tengah hari sampai pukul 6.00 petang.

The Qum Actors (TQA) diwakili oleh Faisal Aziz, Yusuf Amat, Nisa Maris, Farhan Iqbal, Azirah Radzi dan menampilkan Asyraf Nazmie atau lebih dikenali sebagai Ash The Mime yang merupakan fokus utama untuk tujuan promosi TQA sendiri.



Sekitar pukul 3.30 petang, slot Puisi & Akustik dan apa-apa jenis persembahan seni bermula. Orang ramai disajikan dengan dendangan lagu oleh Ekstetika, puisi akustik oleh Yusrika Bahar yang merupakan salah seorang tunjang utama Lorong Seni, persembahan unik oleh Ukulele Malaya, nyanyian lagu-lagu, deklamasi sajak dan tidak ketinggalan persembahan mime oleh Ash dari The Qum Actors.


Ash mempersembahkan dua buah sketsa mime iaitu "The Archery" dan "The Housewife". TQA cukup berbesar hati kerana orang ramai dapat menghargai dan memberikan perhatian kepada persembahan mime tersebut dan memberikan respon yang positif kepada kami.

Oleh sebab itu kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada seluruh komuniti seni yang wujud di sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya dan yang berhampiran pada masa akan datang. Jika anda sukakan persembahan mime daripada kami, teruskan bersama kami dan mengikuti perkembangan THE QUM ACTORS dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberikan ruang kepada kami dan terima kasih juga kepada yang sudi hadir memeriahkan acara.

Terima kasih dan jumpa lagi!

Tuesday, October 12, 2010

Popcorn Kosmik: Burung-burung hantu Ga'hoole

*Review/ulasan Legend of Guardian: The Owl of Ga’hoole

Aku tidak la excited mana utk menonton filem ini pada awalnya. Tetapi setelah dipaksa oleh wife aku (dan sebab dpt tngok free+popcorn & coke percuma) untuk ikut bersama program kemasyarakatan kompeni die buat (belanja makan & wayang anak2 yatim PJ), aku pon layan kan aje lah..

Dan apabila aku melihat nama Zack Snyder (300, Watchmen) pada intro movie, aku mula memberi perhatian. Snyder dikenali kerana seni senima visual grafik beliau yang tersendiri. Aku mula meletak jangkaan tinggi.

Filem Legend of Guardian (LOG) adalah berdasarkan novel kanak2 Kathryn Lasky (penulis Amerika) The Owl of Ga’hoole’. Berkisar tentang Soran, burung hantu muda yang ditangkap untuk direkrut oleh satu puak burung hantu yang gilakan kuasa, the Pure Ones. Soran Berjaya melarikan diri dan terbang merentasi laut Hoolemere untuk mencari Guardian of Ga’hoole. Selepas itu bermula bertembungan antara kuasa jahat (Pure Ones) & baik (Guardian) yang menjadi intipati utama filem.

LOG mungkin menampilkan sisi yang agak gelap, dari segi ideology & adengan ganas, tidak sesuai dikalangan penonton cilik di Malaysia tanpa bimbingan penonton yg lebih dewasa. Choreography aksi adalah stail Snyder, gerak perlahan & focus kamera (zoom) untuk intensify effect. Dinamik visual Snyder, membawa penonton dari segenap sisi pandangan untuk mengekalkan minat & tumpuan. Contoh nya, adengan terbang kedalam hujan ribut di lautan Hoolemere, kalau secara ringkas mungkin hanyalah adengan sekumpulan burung hantu yang terbang sekelompok, tetapi visual diolah menjadi sangat dinamik hingga penonton terus teruja dan terasa seperti turut terbang. Snyder juga tidak melupakan aspek scenery, elemen hutan, laut & kepulauan Great Tree yang memukau.

Cuma watak2 yg ditampil adalah 90% burung2 hantu menimbulkan kekeliruan dengan watak2 utama nya dan mungkin bagi audien kecil perlu mengambil masa yang agak lama untuk membezakan antara watak2 tersebut. Tidak seperti filem animasi lain (toy story, shrek, a bugs life, monster co.) yang mana penampilan & perbezaan watak2 utama nya adalah jelas.

Aku agak pelik loghat English dalam filem ini, tapi di penghujung filem, Owh patut la.. suara latar adalah daripada barisan pelakon hebat Australia (cth. Hugo Weaving).

Rumusannya, bagi aku, ok lah, tetap layan. Mengambil kata2 motivasi dari Echidna, seekor landak psychic kepada Soren & rakannya sebelum terbang merentasi lautan Hoolemere yg tak berpenghujung: “ when you’re flown as hard as you can, you’re half way there!”

Dan tribute aku tentunya geng2 cilik dari PJ yg memang sporting!