Saturday, October 30, 2010

The Qum Actors di Lorong Seni Putrajaya

Tanggal 23 Oktober 2010, hari Sabtu, The Qum Actors telah turut sama memeriahkan satu acara yang bernama Lorong Seni yang dianjurkan oleh Kaki Teater Muda Putrajaya bertempat di Menara KBS, Presint 4, Putrajaya. Acara bermula dari 12.00 tengah hari sampai pukul 6.00 petang.

The Qum Actors (TQA) diwakili oleh Faisal Aziz, Yusuf Amat, Nisa Maris, Farhan Iqbal, Azirah Radzi dan menampilkan Asyraf Nazmie atau lebih dikenali sebagai Ash The Mime yang merupakan fokus utama untuk tujuan promosi TQA sendiri.



Sekitar pukul 3.30 petang, slot Puisi & Akustik dan apa-apa jenis persembahan seni bermula. Orang ramai disajikan dengan dendangan lagu oleh Ekstetika, puisi akustik oleh Yusrika Bahar yang merupakan salah seorang tunjang utama Lorong Seni, persembahan unik oleh Ukulele Malaya, nyanyian lagu-lagu, deklamasi sajak dan tidak ketinggalan persembahan mime oleh Ash dari The Qum Actors.


Ash mempersembahkan dua buah sketsa mime iaitu "The Archery" dan "The Housewife". TQA cukup berbesar hati kerana orang ramai dapat menghargai dan memberikan perhatian kepada persembahan mime tersebut dan memberikan respon yang positif kepada kami.

Oleh sebab itu kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada seluruh komuniti seni yang wujud di sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya dan yang berhampiran pada masa akan datang. Jika anda sukakan persembahan mime daripada kami, teruskan bersama kami dan mengikuti perkembangan THE QUM ACTORS dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberikan ruang kepada kami dan terima kasih juga kepada yang sudi hadir memeriahkan acara.

Terima kasih dan jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment