Kepada ahli ahli TTS yang bakal bergraduasi...
Aini, Aizuddin, Anuar, Fauzan, Helmi, Izzi, Am dan Zai...
Terima kasih atas sumbangan idea dan tenaga anda semua sepanjang berkhidmat bersama TTS. Saya amat kagum dan menyegani anda semua. Dengan izin Allah, organisasi TTS telapun berkembang kerana usaha anda semua. Inilah yang dikatakan 'Rahmat'.
Pada setiap hati anda semua, saya tahu betapa sayangnya anda semua kepada warga TTS dan jauh dilubuk hati anda, anda rela menyumbangkan idea dan tenaga walaupun sudah tamat pengajian. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa, anda semua membesar dengan TTS dan saya juga pernah menjadi salah seorang daripadanya dahulu.
Kenangan dan pelajaran yang anda semua perolehi di dalam TTS harus digunakan sewaktu berkerja kelak. Ketahuilah, cabaran sewaktu berkerja adalah lebih berat. Jadi persiapkan diri dan jika masih lagi bersemangat untuk menyumbang di dalam bidang teater, The Qum Actors (TQA) adalah salah satu landasannya.
Saya yakin, kita mampu untuk membina TQA yang lebih gemilang. Namun itu semua bergantung kepada apa yang kita pertaruhkan terutamanya usaha dan tawakal. Hal hal yang kemudian, serahkan pada Allah untuk menentukannya. Perkara yang penting adalah bagaimana harus kita menagaturkan strategi untuk membangunkan TQA.Dari segi program program tahunan dan pementasan teater.
Sahabat sahabat semua, masa selalunya akan mengejar kita. Namun kita harus selalu kehadapan dan bersegera kerana tanggungjawab akan selalu tersedia untuk kita malah bertambah.
Saya berharap, untuk sesiapa sahaja yang akan bertugas di Kuala Lumpur. Usah segan dan menjadi orang asing untuk membantu TQA nanti. Pada saya, tugas kita bukan sahaja untuk bekerja memenuhi keperluan diri sendiri, namun hidup kita adalah untuk berjuang. 'Hiduplah untuk memberi sebanyak banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak banyaknya'. Cara kita memberi adalah melalui aktivit yang mampu membina masyarakat dan yang penting masuk dalam setiap jaluran fabrik masyarakat.
Sebahagian hidup kita adalah untuk orang lain. Maka belajarlah untuk memberi dan menyumbang kelak...
Terima Kasih :)
eh.. usop tak grad ke? hehehe
ReplyDelete