Sunday, November 08, 2009

The Shark Attack Theatre Tour

Assalamualaikum...

Setelah beberapa lama saya tidak mengemaskini blog ini. Ada bnyak perkara yang berlaku semenjak berakhirnya Festival Teater Kuala Lumpur 2009 (FTKL '09).
Baru baru ini, bertempat di tempat yang sama di Taman Budaya Kuala Lumpur (TBKL), Tronoh Theatre Shop (TTS) dan The Qum Actors (TQA) telah berjaya mementaskan 3 naskah Dr. Shark iaitu Asylum, Tok Janggut, Miao Miao Sang Arnab (MMSA) dan juga 3 buah 'Mime'.
Secara peribadi usaha ini adalah sesuatu yang amat membanggakan. Terima kasih pada semua (terutamanya ahli TTS)yang telah mencurahkan sepenuh hati usaha dan tenaga. Andai kita ikhlas, rahmat Allah tetap dapat diraih.
TTS telah memulakan jelajah teaternya yang dinamakan The Shark Attack Theatre Tour (TSATT) sedari minggu kedua Syawal dan berakhir 3 minggu selepas itu. Bermula di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan berakhir di Taman Budaya Kuala Lumpur (TBKL).
Secara keseluruhannya, persembahan Asylum memang sangat menghiburkan. Penonton dengan jelas terhibur menikmati Asylum. Namun perubahan naik turun 'energy' itu tetap tidak dapat dielakkan.
Mutu lakonan 'Attendan' (Atul) boleh dipuji jika dibandingkan dengan penampilan pertamanya di dalam 'Our Land' dan 'Taqdir'. Perubahan dari segi vokal yang cukup ketara. Pada saya, kegarangan dan kejegilan wataknya wataknya memberi impak yang besar kepada pementasan ini. Mungkin watak yang cuba ditonjolkan adalah watak attendan yang mengalami 'Middle Age' crisis atau secara khususnya untuk perempuan ialah 'Putus Haid'. Garang tidak tentu pasal. Cuma Atul perlu hati hati dari segi 'energy' untuk persembahan persembahan yang akan datang.
Mutu lakonan 'Mat Merah' (Daus) boleh lebih lagi diperbaiki. Seharusnya Daus boleh mempergunakan kelebihan fizikalnya yang kurus untuk mencipta wataknya yang supaya nampak lebih 'animated'. Jikalau itu dapat ditonjolkan, ia akan menjadi sangat berkesan.
Lakonan 'Baby' (Acab), sangat mencabar, sedangkan saya sendiri pernah melakonkan watak tersebut. Selalunya apabila terlalu lama di atas pentas watak tersebut semakin pudar. Seharusnya watak 'Baby' tersebut boleh ditambah kecomelannya dengan menggunakan lebih banyak perkataan perkataan seorang 'Baby'. 'Abushhh','Yak iyak iyak','cuyu cuyu' dan macam lagi lagi. (Agaknya begitulah bunyinya).
Untuk watak watak yang lain saya sangat berpuas hati. Mungkin kerana mereka sudah lama berlakon. Terdapat juga beberapa pelakon pelakon baru yang mnyertai TTS dan saya ucapkan 'Welcome on board, may this challenging journey get you last long'.

Saya ingin mengucapakan terima kasih kepada pelakon pelakon dan krew MMSA yang sudi meluangkan masa selama seminggu dan hujung minggu mereka untuk berlakon dalam MMSA kali ini.
Penampilan 'Roy' (Saha) kali ini berbeza sedikit dengan penampilan sewaktu FTKL '09. Untuk hari yang pertama, Saha agak masih nampak kaku. Namun setelah diberi pemahaman untuk bertenang sewaktu berlakon, Saha berjaya mengubah gaya seorang 'Playboy'. Dengan gaya tenang beliau dapat 'bermain' dengan set set yang telah disediakan seperti kerusi, rokok, dan juga jaket. Jadi, watak 'Roy' tidaklah menjadi kaku dan nampak 'menikmati'. Cuma Saha perlu memperbaiki dari segi penggunaan 'Tone' suara agar dipelbagaikan.
Nisa perlu banyak diperbaiki. Wataknya agak nampak kurang menyerlah kerana mungkin 'line' yang dilontarkan adalah monolog. Wataknya nampak sedikit meleret namun terdapat banyak ruang untuk diperbaiki dan saya yakin beliau terbuka terhadap penambahbaikan mutu lakonan. Mungkin selepas beliau kembali ke UTP nanti, beliau akan dapat lebih bnyak peluang untuk berlakon secara 'dialog'.
Watak 'Mat' dan 'Arnab' yang dilakonkan oleh saya dan Koba juga terdapat beberapa kelemahan. Penonton menyedari terdapat beberapa ketika 'Mat' dan 'Arnab' agak laju dan satu ketika agak meleret. Arnab dikatakan cuba menjadikan babak yang memaparkan isu utama didalam MMSA iaitu kemanusiaan dalam bentuk lawak dan mengharapkan penonton untuk gelak. Saya akui kesilapan saya dan akan saya perbaiki nnti untuk pementasan pementasan yang akan datang. Mat juga masih nampak kurang 'emotion' didalam lakonannya. Namun saya percaya, lebih banyak pementasan, maka lebih banyaklah yang akan dipelajari.Saya bersedia untuk memperbaiki mutu lakonan saya dan ingin mencari naskah naskah bermutu untuk dilakonkan.
Watak 'Pak Tam' sekali lagi menjadi penyelamat MMSA. Watak ini diwujudkan untuk menjadikan MMSA lebih menarik dan tidak hanya tertumpu pada isu utamanya. Krail jelas menikmati watak 'Pak Tam' Negeri Sembilannya. Sangat hebat! Penonton amat menggemari watak 'Pak Tam'.
Buat yang terakhirnya saya sekali lagi amat berterima kasih pada semua yang telah terlibat dalam TSATT. Saya yakin, TTS akan terus maju bersama mereka yang komited untuk menggerakkannya. Saya amat berbangga kerana TTS masih lagi mengekalkan ciri ciri teater yang berlandaskan syariat. Saya harap TTS dan TQA akan membawa gelombang perubahan kepada dunia teater di Malaysia dan akan pergi lebih jauh lagi untuk mementaskan teater bukan setakat di Malaysia malah di luar. Itu impian kita. Namun, objektif utama kita adalah untuk mendidik masyarakat melalui kupasan isu isu yang dekat dengan hati masyarakat. Keredhaan Allah mengatasi segala objektif yang kita tetapkan. :)

No comments:

Post a Comment