“STRICLY FOR FAN ONLY”
Cerita ini mengisahkan Barney Ross (Sylvester Stallone) mengetuai pasukan bekas tentera (dan yang setara dengannya) ”high end” dalam satu misi sulit CIA (lebih kurang la) untuk membunuh pemimpin diktator di Negara Vilena (rekaan semata mata) yang akhirnya mengetahui bahawa target sebenar mereka adalah bekas urang kuat CIA sendiri.
Okeh itu sahaja dikripsi filem nya.. Selebihnya hanyalah letupan dan adegan ganas yang tak mungkin mana2 pasangan ibu bapa yang bertanggungjawab akan membawa anak mereka untuk menonton bersama-sama.
Bagi aku filem ini mmg tiada konten dan hanya untuk tujuan hiburan semata-mata. Tetapi aku tetap memuji semangat 'grandpa' Stallone (selain badannya yg masih mantap!) yang cuba untuk mengumpul kan pelakon2 aksi veteran holywood dan usaha untuk menunjukan kepada dunia bagaimana filem aksi padat hollywod era 80-90 dibuat. Dan ya! Dia amat berjaya untuk itu.
Stallone dgn mudah mengadunkan kesemua ciri2 dibawah yang anda pasti lihat dalam filem aksi hollywodd pada era beliau:
- Jalan cerita mudah, tak berbilit2,setiap soalan akan dikasi jawapan,tak perlu na pikir2 da tahu da ending
- Watak jahat Super Villain yg cukup powerful & watak gunting dalam lipatan
- Sri kandi yg cukup cun dan sanggup bekorban apa sahaja demi hero
- Hero bekas ahli sukan
- Aksi stun sebenar & stunt bikin sendiri
- Teknik CGI pada tahap minimum (dan ala kadar)
- Adegan letupan & tembak menembak melampaui batas (mungkin stallone nak atasi rekod rambo?)
- Lawak macho satu ayat (one liner)
- Hero surang boleh p bunuh satu kem urang jahat
- Hero last2 menang dan dapat peluk cium heroin
Mungkin ramai yg apabila keluar dari panggung setelah menonton the expendable akan mengeluh ” this is a ridiculous attempt to insult my intelligence and sanity”
Bagi aku hanya ada satu jawapan “well chief, please refer back to the main rule above”.
Dan bagi fan (termasuk aku huhu) lebih specific mereka yang dibesarkan dengan menonton filem2 Rambo, Predator, Terminator, Die Hard dan yang seangkatan dengannya, The Expendable ialah sebuah filem tribute yg wajib tonton!
Real muscle, real stun, real pain hanya akan membuat kan Brandon Routh yang terapung2 di udara dengan sut ketat dan seluar dalam di luar nya tampak begitu hodoh sekali!
Moment yang pasti tidak dilupa (dan mungkin paling meninggalkan kesan) dalam filem ini ialah adengan “deep conversation” antara Sylvester Stallone dan Arnold Susahnaeja (Schwarzenegger) sambil diperhati oleh Bruce Willis. Adengan sindir menyindir dua actor besar rival di zaman mereka itu adalah kepuasan sebenar yang dicari oleh fan selama ini. Mana lagi na lihat Rambo denagan Terminator bergadoh walaupon sekadar perang mulut!
Dan dengan kutipan tiket mencanak canak En. Stallone bole berbangga sambil berkata “ This was how we did it in the eighties!”
Oleh: Khairulanwar Hatta
No comments:
Post a Comment