untuk itu aku ingin mengajak rakan-rakan mengambil sedikit pengajaran.. daripada suara hati seorang jagoan teater Malaysia, arwah Syed Alwi Syed Hassan, dalam temuramah beliau bersama utusan malaysia:
''Boleh saya katakan, teater di negara ini masih merangkak dan bergolak biarpun kita memiliki pelbagai kemudahan canggih seperti Istana Budaya dan lain-lain. Mungkin masih setaraf dengan pentas yang saya duduki ini (Panggung Eksperimen, KL)."
''Apa yang meningkat hanyalah kos produksi yang berpuluh-puluh kali ganda. Kalau dulu untuk sesebuah pementasan hanya sekitar RM2,000 tetapi kini ia menjangkau lebih RM200,000 tetapi mutu tetap sama seperti zaman penglibatan awal saya dalam teater 50 tahun dulu,'' katanya.
Lebih malang, menurutnya, kemunculan ratusan penggiat dan penulis teater tidak mampu memberi kesan yang sewajarnya. Mereka masih tertutup di bawah 'tempurung' teater mereka sendiri tanpa ada usaha untuk keluar.
''Kemunculan penulis-penulis dan penggiat generasi baru ini tidak ada yang benar-benar berjaya membawa arah tuju teater Malaysia."
''Sebenarnya tidak ada orang teater yang benar-benar komited seperti Noordin Hassan dan saya serta beberapa tokoh (arwah) yang benar-benar memperjuangkan teater,'' tambahnya.
Salah satu punca kegagalan penulis-penulis generasi kini disebabkan oleh sikap kurang peka mereka dalam mengetengahkan tema, konsep dan penguasaan terhadap teknik teater moden.
Ini pastinya sama sekali berbeza dengan produksi teater generasi 1950-an yang sensitif dalam manfaatkan persoalan masyarakat ke pentas.
Beliau melihat teater Melayu sebagai contoh. Pada dekad ini begitu banyak pementasan drama yang bernuansa Melayu tetapi ciri, world view Melayu dan lain-lain tidak kelihatan dengan jelas.
Di sisi lain, tokoh seperti Noordin menjadi contoh insan teater tanah air yang begitu sensitif menggali dan mengungkapkan jiwa Melayu ke pentas.
''Di Malaysia hari ini, begitu banyak drama pentas Melayu dipentaskan tetapi yang benar-benar melihat jiwa, identiti dan ciri-ciri Melayu tidak ada."
''Sebagai produksi Melayu, sesebuah drama seharusnya menonjolkan aspek-aspek ini dalam semua pendekatan, walaupun menerusi teater berbahasa Inggeris,'' ungkapnya.
Temuramah itu berlangsung sekitar tahun 2000.. dan setelah 10 tahun.. aku kira.. hakikat nya tetap sama..
Selamat Hari Raya Korban 1431 Hijrah.
sumber: arkib Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment