Wednesday, November 10, 2010

TQA di Pekan Frinjan Edisi 15

Sabtu, 6 November 2010 yang lalu TQA sekali lagi menampilkan Ash The Mime di dalam Pekan Frinjan Edisi 15 di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam. Pekan Frinjan merupakan acara bulanan yang dianjurkan oleh Frinjan, sebuah entiti sifar untung yang bertujuan menghimpunkan golongan muda bergiat aktif dalam seni. Acara bermula pada pukul 8.30 malam dengan tayangan filem pendek yang memenangi Freedom Film Festival. Kemudian acara perasmian wifi Selangor oleh Y.B. Dan selepas itu bermulalah persembahan.

Sesi moral support daripada Faisal.

Ash mempersembahkan sebuah piece mime yang terbaru iaitu "The Housewife" yang menceritakan seorang perempuan mengandung membuat kerja-kerja rumah sehinggalah bayi dalam kandungannya hampir dilahirkan. Kemudian dia cuba mendapatkan bantuan tetapi tidak berjaya. Kesudahannya? Sudah pasti anda perlu datang menonton persembahan mime Ash ini untuk mengetahui kesudahannya.

Ash ditemuramah sebelum mula show.

Ok. Dah mula show, mengantuk.

Beginilah aksi mime, tak perlu prop pun. Cool kan?

Mencuci lantai.

Mencuci lantai lagi.

Sakit dah nak bersalin.

Ternyata penonton yang hadir memberikan respon yang positif dan memberangsangkan terhadap  persembahan Ash itu. Persembahan mime ini juga telah menambah variasi jenis persembahan yang ada pada malam itu. Tidak hanya tertumpu kepada persembahan nyanyian daripada band-band indie ataupun persembahan lagu puisi yang dicampur dengan elemen teater. Sudah cukup banyak persembahan berkonsepkan lagu dan nyanyian di Malaysia ini, jadi The Qum Actors mahu tampil menunjukkan sesuatu yang dianggap masih jarang lagi di Malaysia ini, iaitu persembahan mime atau lakon bisu atau pantomine. Hah, kau orang semua mesti pernah dengar pantomin kan?


Sakit nak bersalin bertambah.

Alamak dah nak beranak!

Cubaan mendapatkan bantuan. Gagal.

Cubaan mendapatkan bantuan. Gagal lagi.

Cukup feminin.

Tak guna punya telefon!

Berlari lebih pantas mendapatkan bantuan.

HA HA!

HA HA HA

HA HA HA HA

HA HA HA HA HA

Akhirnya...

Ash adalah artis mime di bawah naungan kami dan mendapat tunjuk ajar sulungnya daripada Dr.Shark, Pengasas Tronoh Theatre Shop dan juga ahli TQA sendiri. Kini Ash sedang menjalani latihan industrinya di KLCC sebelum menamatkan pengajiannya dalam bidang ICT pada tahun hadapan.

Turut sama hadir memberikan sokongan padu adalah CEO TQA sendiri, Faisal Aziz, Yusuf Amat, Azmi "Koba" Yaacob, Mekot dan jurumekap Encik Muhammad Md Haris. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Frinjan kerana memberi ruang kepada kami. Tidak dilupa juga terima kasih kepada semua yang sudi hadir  menonton.

Jika anda suka menonton persembahan mime daripada Ash, jangan lupa ikuti perkembangan kami dari semasa ke semasa! Banyak lagi aktiviti yang akan kami adakan dan yang akan kami sertai.



Foto oleh: Mekot.

p/s: Tengok gambar sahaja tak cukup seronok. Tengok secara 'live' baru cara!

No comments:

Post a Comment