Monday, August 23, 2010

Popcorn Kosmik: Tragedi Filem Patriotik Malaysia


Bagaimana kita mendifinisikan filem kategori patriotik di Malaysia?

Adakah sebuah filem itu harus sebuah filem sejarah? Atau filem yg mengisahkan pejuang Tanah Melayu? Atau kisah lagenda atau mungkin sekadar hanya sebuah cerita rakyat? Bagaimana jua kita mendifinisikannya, yg penting filem patriotik haruslah bertunjangkan motif untuk melahirkan rasa cinta dan bangga terhadap negara Malaysia.

Jika kenyataan di atas diguna pakai, maka aku kira tidak ada satu pun filem bertema patriotik atau kebangsaan pada tahun ini. Jangan ada pula yg datang pada aku dengan menyatakan bahawa filem box-office Adnan Sempit atau Lagenda Budak Setan sebagai filem patriotik!

Kenapa tiada filem dibikin sempena hari kemerdekaan pada tahun ini? Adakah konglomerat industri filem melihat bahawa bulan Ramadhan bakal menyebabkan tiada siapa pon akan ke panggung untuk menonton filem sejarah? Adekah mereka tahu filem patriotik tidak boleh dijual seperti filem yg menggunakan pendekatan mesra penonton ala-ala Ahmad Idham & David Teo? Ataupun filem bertema kebangsaan sendiri telah lama berkubur di hati rakyat Malaysia? Tiada siapa nak tengok walaupon diadakan tayangan amal secara percuma!

Atau mungkin, mungkin juga kerana terlalu banyak pantang larang atau garis panduan daripada badan berkaitan menyebabkan karyawan filem sendiri putus asa? Potong sana, potong sini, tak boleh itu, tak boleh ini. Aduhai, apa saja yg boleh?

Okeh mari berpijak kembali di atas lantai simen.

Sila lihat statistik filem yg aku kategorikan sebagai "patriotik" sepanjang tahun 2000-2010:


*sumber Finas

Jika melihat fakta di atas memang tidak sukar untuk kita mengatakan bahawa filem patriotik di Malaysia TAK LAKU.

Na salahkan siapa? Penonton sudah tentu sahaja ingin sesuatu yg terbaek tetapi filem sehebat 1957:Hati Malaya ( 5 anugerah Festival Filem Malaysia 21) sendiri gagal di pawagam?

Ape yg boleh aku katakan masyarakat di Malaysia cuma berminat untuk melihat filem hiburan Hollywood dan jika filem tempatan mahu 'selamat' mereka juga harus berkiblatkan Hollywood (atau Bollywood, sekurang kurangnya)

Filem sejarah di Malaysia memang tiada tempat & sudah mati (atau tak pernah ada peminat sendiri pon?). Kaki wayang tidak sanggup luangkan masa atau duet untuk filem-filem sebegini. Atau mungkin secara amnya subjek sejarah itu sendiri hanyalah untuk lepas periksa sahaja?

"Those who cannot learn from history are doomed to repeat it"

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53, Malaysia!

2 comments:

  1. teater masih ada untuk julang sejarah. (:

    ReplyDelete
  2. betul.. buat teater epik kat istana budaya amek artis2 poplar tak perlu gune sore perot pakai mikrophone pon boleh.. dan hasil nya? mmg laku.. trend skarang.. next derang buat pasal mahathir.. hehe

    ReplyDelete