Thursday, September 09, 2010

Popcorn Kosmik: Komedi spoof dan keriangan Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah

Spoof adalah sebuah genre komedi yang berbentuk sindiran sinis & ejekan terhadap sesuatu (cth. filem, masyarakat, personal, sejarah dsb.) melalui pendekatan yang sangat komik. Biasa nya jika spoof terhadap sesuatu filem original itu dilakukan, ia akan dicincang secara melampau, karakter akan diputar 360 darjah dan kadangkala lawak yang tidak masuk akal. Watak manusia mungkin sahaja menjadi seperti kartun yang mampu membuat perkara yang melampaui fitrah (cth. Jatuh dari bangunan tinggi tapi masih hidup).

Manakala jalan cerita kebiasaannya akan diambil bulat-bulat, dari satu babak ke satu babak & fokus hanya dibuat untuk memasukkan unsur komedi dengan cara berlebih-lebihan & menembak apa sahaja yg dirasa lawak dengan harapan dapat mencuri tawa penonton.

Masalahnya filem ini, terlalu banyak idea lawak (yang melampau) hingga penonton akan berasa kelat untuk ketawa dan dipenghujung cerita tidak mengetahui apa sebenarnya matlamat filem ini.


Filem genre komedi spoof yang popular hidangan Hollywood ialah seperti siri Scary Movie, Epic Movie & Meet the Spartan. Di Malaysia pula, filem arahan Mamat Khalid seperti Kala Malam Bulan Mengambang adalah contoh spoof yg berjaya di majlis anugerah kebangsaan atas kualiti yang ditonjolkan. Adalah sesuatu yg istimewa bila mana di Hollywood filem spoof selalu nya adalah categori B, lakonan artis tidak popular & tidak langsung mendapat tempat di majlis anugerah tetapi di Malaysia lain pula cerita. Filem TS P.Ramlee adalah filem yg sering kali menjadi bahan spoof (hingga naik jelik) tetapi adekah waris beliau mendapat royalti yang sepatutnya?


Pada musim perayaan ini, kita akan dihidangkan dengan beberapa siri komedi spoof di pawagam. Hollywood menerjah dengan filem Vampire Suck yang berlandaskan siri kegilaan remaja, Twilight. Aku terdesak atas dua pilihan antara menonton filem ini atau filem Grown Up & aku memilih pilihan kedua kerana percaya dengan kebolehan Adam Sandler sebagai teraju utama. Grown Up bukan filem spoof tetapi komedi keluarga stail Sandler yg sgt mencuit hati! Aku sgt berpuas hati dgn pilihan itu.





Senima Malaysia pula menghidangkan komedi spoof Magika yang melakonkan kembali watak2 lagenda melayu seperti bawang putih bawang merah, puteri gunung ledang, badang dsb. Filem ini telah membariskan pelakon2 popular seperti Mawi, M. Nasir, Fauziah Ahmad Daud, Ning Baizura, KRU, Maya Karin, Raja Azura dan ramai lagi! Ia turut mendapat pencalonan ke Festival Filem Malaysia 23 ketagori filem terbaik. Heh. Seperti aku katakana di atas, filem spoof yg cuma tahap picisan di Acedamy Award telah diangkat begitu hebat di Malaysia. Bukan ingin bersifat judgmental tetapi kita boleh lihat tahap mana kualiti filem kita & terdesak nya FFM untuk mendapat kan senarai filem untuk dicalonkan.

Antara filem – filem laen yg bakal beraksi di musim perayaan ini ialah Cat & Dogs, Resident Evil: After Life, Senario Asam Garam & 4 Madu.

Semoga kedatangan Syawal kita disambut penuh dengan kesyukuran & keceriaan tahun ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

2 comments:

  1. Apa direction blog TQA sekarang? Komen filem atau perjuangan teater? Sekadar musykil....

    ReplyDelete
  2. direction kita tetap pada perjuangan teater.. tp malang nya sukar mencari blogger yg komited utk constribute artikel dekat laman blog tqa.. sunyi sepi jadi nya..insyllh sesiapa yg ada artikel mengenai teater bole hubungi admin utk dikongsi diblog..

    ReplyDelete