Monday, September 27, 2010

Popcorn Kosmik: Kediaman Jahat & Kehidupan Selepas Mati

Zombie dilakar sebagai manusia yang telah mati, bangkit kembali dari tanah kuburnya lalu menjadi hamba atau mimpi seram kepada mereka yang masih hidup.Sejarah zombie dijalur dengan pelbagai versi tertakluk pada tempat ia didendangkan diseluruh dunia.

Tetapi sejarah zombie yang paling popular berasal dari jauh pendalam benua afrika, berkait rapat dengan ritual magis hitam Vodoo.

Bokor atau tukang sihir akan menghidupkan kembali mayat sebagai Zombie untuk kepentinganya. Arakian perkataan zombie itu sendiri dipercayai berasal dari perkataan kikongo (bahasa puak yang hidup di Congo) nzambi yang bermaksud “dewa”. Barangkali kisah moden zombie yang menjadi hesteria dikalangan bangsa Afrika ialah wanita bernama Felicia Felix Mentor, yang muncul di Haiti sekitar 1936. Beliau dikatakan telah mati dan dikebumikan pada tahun 1907 pada umur lingkungan 20-an, sebelum didapati merayau-rayau pada satu pagi disebuah pekan dalam keadaan yg menakutkan sesiapa sahaja yg melihatnya. Walaubagaimanapun, diatas pemerhatian seorang doktor, Felicia didapati adalah manusia normal yang terbiar (gelandangan jalanan) dan mungkin kerana penampilannya yg aneh dicampur identiti budaya masyarakat setempat yang cuba membenarkan sesuatu yang tidak dibuktikan oleh sains moden.

Itu sedikit fakta tentang zombie. Sekarang kita bercerita tentang sinema Hollywood yang menyajikan sebuah filem inspirasi zombie, Resident Evil: Afterlife.

Filem ini di angkat dari sebuah permainan video yg membuat penampilan pertama nya di zon permainan realiti maya din Jepun sekitar 1996, Biohazard. Bekisar tentang penceritaan teraju utama, Alice (lakonan Milla Jovovich) yang menjadi sebahagian daripada ekperimentasi syarikat gergasi UMBRELLA yang telah mencipta virus T dengan tujuan asal untuk memanjangkan hayat manusia. Tetapi sebaliknya berlaku, virus itu terlepas kemuka bumi dan membunuh jutaan populasi manusia, masalahnya manusia yang mati tidak kekal mati, sebaliknya mayat nya bangun menjadi undead yang laparkan darah manusia. Virus itu terus menerus disebarkan apabila zombie menyerang manusia yg masih hidup & menjangkiti mereka melalui luka gigitan. Srikandi Alice pula cuba menyelamatkan saki baki manusia yg masih bersih dari jangkitan &

berjuang untuk menghapuskan UMBRELLA. Kuasa luar biasa Alice pula (kuat, pantas, psikik) diterangkan melalui kebolehan DNA nya (satu-satunya di bumi) yg mampu bergabung dgn virus T secara sempurna.

Filem ini dimulakan dengan adegan aksi yang menarik apabila Alice serta klon-klon nya menyerang kubu UMBRELLA di Jepun. Tetapi aksi selepas itu (dan sepanjang filem ini) hanyalah dipenuhi adengan menembak zombie-zombie tanpa hala tuju tak ubah seperti permainan video nya. Aksi klimak pergaduhan dengan bigboss antagonis seolah olah meminjam adengan tempur the matrix, bezanya ia bukan dilakonkan oleh Keanu Reeves, dan koreografi aksi bukan dari Woo Ping Yuen. Akhirnya, tiada siapa akan mengingatinya.

Plot pula dibina dengan sangat perlahan. Mungkin tersepit antara mencari konklusi dari tiga siri filem Resident Evil sebelumnya dan menterjemahkan permainan video ke layar perak. Lalu apa yg kita dapat adalah satu penceritaan yg tidak meyakinkan dan beberapa plot yg sekadar untuk mengisi 100 minit waktu tayangan. Iyalah, apa yang na diharapkan dari sebuah filem adaptasi permainan video yang dibina atas dasar hiburan jumud semata-mata, melepaskan geram dengan menembak mayat hidup? Penampilan Wentworth Miller (Prison Break) di tengah2 penceritaan sebagai banduan misteri dan mendakwa boleh membantu Alice & rakan yg teperangkap dalam penjara yang dikepung oleh zombie, pada awalnya difikir mampu memberi nafas baru, tetapi berakhir dengan beliau sebagai watak nasi tambah sahaja.

Afterlife ialah sequel filem Resident Evil (2002), Resident Evil Apocalypse (2004) & Resident Evil Extinction (2007) dan mungkin adalah terburuk antara siri siri tersebut.

Sudah dapat diagak, inilah masalah utama filem sekuel. Penonton sudah biasa dengan watak, sudah biasa dengan jalan cerita, biasa dengan aksi visual nya. Filem2 seperti Harry Potter, Lord of The Ring, Star Wars berjaya kerana mampu menyuntik elemen yang berbeza untuk setiap siri filem nya. Tetapi Resident Evil Afterlife, boleh aku cakap a total failure. Watak menjadi klise, jalan cerita pun klise, aksi yang dipamerkan juga klise.

“Abg na 3-D ker biasa” Tanya penjual tiket cilik molek keturunan tionghua itu pada ku dan aku terselamat kerana memilih melihat tayangan biasa, kerana sesungguh nya mmg tidak berbaloi. Jika Felicia Filex menonton filem ini, mungkin juga dia akan ketawa tebahak bahak melihat imitasi zombie oleh pelakon2 tambahan yang sungguh tidak realistk!

No comments:

Post a Comment