Wednesday, November 03, 2010

Teater "Aerosoul"

Pada 9 & 10 Oktober 2010 yang lalu, The Qum Actors (TQA) sekali lagi beraksi di pentas Taman Budaya KL di bawah satu produksi Tronoh Theatre Shop "The Bundle Show" yang memuatkan beberapa persembahan mime, teater pendek "Aerosoul" dan "Ketupat Oh Ketupat" dan teater "Bedah".

"Aerosoul" dibarisi oleh pelakon daripada TQA sendiri yang juga merangkap ahli-ahli Lembaga Pengarah iaitu Faisal Aziz, Ainifadhilah Mahayuddin dan Aizuddin Amran. "Aerosoul" adalah karya 'instant' (segera) Akin Muhammad dan diarahkan oleh Faisal Aziz.

"Aerosoul" mengisahkan Semut yang mencari gula dan manisan dalam dunia manusia. Dunia manusia waktu itu bercuaca kurang baik dan hujang sepanjang masa. Ramai manusia yang sudah lari meninggalkan dunia manusia sendiri. Yang tinggal, hanya seorang Perempuan dan seorang Lelaki. Dalam perjalanan, Semut bertemu dengan Perempuan dan Lelaki dan bertanyakan tentang gula dan manisan. Lelaki pelik dan mencurigai kedatangan Semut. Namun Perempuan merasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa pada Semut. Semut berehat dan bermalam di dunia manusia. Semut didatangi mimpi kisah perit kehidupan koloni Semut yang dilanda bencana. Ramai kaum kerabat Semut yang sudah mati. Semut terjaga. Perempuan cuba mendekati Semut untuk mengenalinya degan lebih lagi. Semut kemudian berkongsi kisah duka hidup semut-semut dan tujuan sebenarnya ke dunia manusia. Semut dan Perempuan sama-sama menangis. Sewaktu itu, Lelaki muncul cuba untuk menghalau semut dan membunuhnya dengan aerosol. Namun, Semut bijak melawan Lelaki dan berjaya menumpaskannya. Akhirnya, Semut dan Perempuan bersama-sama pergi mencari ’kemanisan’ kemanusiaan.

Berikut adalah sedutan daripada pementasan teater pendek "Aerosoul" ini.


PEREMPUAN (Aini) berbaju putih dan LELAKI (Faisal) berbaju hitam mula berbicara tentang kesedihan dan kemanusiaan.


Melihat sudah ramai manusia melarikan diri daripada kemanusiaan.


Tiba-tiba datang seekor SEMUT MERAH (Aizuddin) yang ingin mencari kemanisan dalam kemanusiaan.


LELAKI mengesyaki kehadiran SEMUT untuk mengganggu PEREMPUAN.


LELAKI yang sentiasa terikat dengan nafsunya terhadap PEREMPUAN.


SEMUT sedih dan kesal dengan bencana yang melanda koloninya akibat perbuatan manusia.


(Dan sayang sekali, tiada gambar yang menunjukkan 'serangan aerosol'. Aha!)


Terima kasih kepada semua  yang sudi hadir meluangkan masa menonton.
Jangan lupa saksikan TQA lagi pada masa akan datang. Kami janji, kami akan buat yang lebih baik nanti!

No comments:

Post a Comment