Thursday, December 23, 2010

TQA New Label: The Mime (TM)

Label (TM) adalah pada produk/servis yang ditawarkan oleh sesebuah kompeni. The Qum Actors (TQA) juga tidak ketinggalan dengan mencipta satu label untuk mime iaitu (TM) merujuk kepada The Mime selain merujuk kepada trademark TQA.

Antara label-label TQA adalah ASH(TM), Cairell(TM) dan A.Noisef(TM). Untuk show mime penuh pada tahun hadapan, TQA merancang untuk menampilkan ASH(TM) dan Cairell(TM) di Kuala Lumpur. Kemungkinan besar ASH(TM) akan diberi slot solo mime show yang lebih banyak sedikit berbanding Cairell(TM) (70-30), atau mungkin juga 50-50 bergantung kepada budi bicara Pengurus Projek dan CEO, dan bergantung kepada persetujuan kedua-dua artis mime ini.

Aku hanya memberikan saranan berdasarkan pemerhatian dan pandangan aku terhadap kualiti persembahan mime oleh ASH(TM) dan Cairell(TM) pada Art For Grabs X-Mas dan Rantai Art Festival yang lalu.


ASH(TM)

ASH(TM) atau nama sebenarnya Asyraf Nazmie Abdul Halim merupakan artis mime yang telah memulakan persembahan mime untuk TQA bermula suku ketiga tahun ini. Antara pengalaman solo mime show ASH adalah di dalam acara-acara berikut:
  • Lorong Seni Putrajaya di Menara Kementerian Belia & Sukan, Putrajaya.
  • Pekan Frinjan Edisi 15 di Dataran Shah Alam.
  • Buy Nothing Day di MAP KL, Solaris.
  • Art For Grabs X-Mas di Annexe Gallery, Central Market.
  • Majlis Hadiah eSastera.com di Laman Budaya, Galeri Shah Alam.
  • 1st Malaysian African Art Tourism di Galeri Dunia Seni Lukis, Cheras.
  • Rantai Art Festival "GRAVITY" di Balai Seni Lukis Negara.
Sama ada di dalam auditorium atau di pentas terbuka, ASH telah banyak berpengalaman di dalam lakonan mime. ASH juga telah banyak berlakon mime sewaktu penglibatannya di dalam Tronoh Theatre Shop, UTP sama ada persembahan anjuran TTS sendiri ataupun persembahan yang dijemput oleh persatuan/kelab yang lain.

ASH dilihat sebagai seorang artis mime yang interaktif dengan reaksi penonton dan sentiasa memperbaharui karya mimenya. Antara mime ciptaan ASH sendiri yang popular adalah "Mencari Cinta" dan yang terbaru "The Housewife". Selain itu ASH juga telah melakonkan karya mime yang ditunjuk ajar oleh guru mimenya, Dr.Shark seperti "The Magician", "The Archery" dan "The Juggler".

ASH dilihat berpotensi untuk pergi lebih jauh dan menjadi seorang artis mime di Malaysia. Matlamat utama TQA adalah untuk mempromosikan seni lakonan mime ini pada khalayak ramai supaya lebih ramai yang menyedari bahawa teater bukan hanya muzikal dan bukan hanya ada di Istana Budaya, tetapi banyak lagi cabang teater yang perlu diketahui oleh masyarakat Malaysia, dan banyak lagi tempat-tempat seni persembahan.

Cairell(TM)

Cairell(TM) atau nama sebenarnya Khairil Nizam Mohd Darus juga tidak kurang hebatnya. Mula berlakon mime sejak tahun 2008 dan merupakan salah seorang perintis mime di Tronoh Theatre Shop, UTP, Cairell juga baru sahaja mula membuat persembahan mime untuk TQA pada bulan Disember 2010 ini.

TQA juga sedang merancang untuk mempromosi label Cairell(TM) bersama-sama dengan ASH(TM) pada tahun 2011. Selain persembahan mime secara solo oleh kedua-dua artis mime ini, TQA merancang untuk membuat persembahan mime penuh yang membentuk sebuah cerita yang lengkap yang dilakonkan oleh dua atau lebih pelakon mime. Tambahan itu, TQA juga merancang untuk menjemput pemuzik untuk mengiringi persembahan mime tersebut secara langsung.

Mime boleh dilakonkan oleh semua orang yang cukup anggota tubuh badan. Oleh itu jika ada di antara anda yang berminat untuk melakonkan aksi mime di atas pentas, boleh mempelajari teknik-tekniknya melalui sesi-sesi bengkel mime yang akan TQA adakan mulai tahun 2011. Dr.Shark yang telah berpengalaman lebih 20 tahun dalam teater dan mime, akan menjadi tenaga pengajar bagi bengkel tersebut. Siapa tahu anda akan menjadi salah seorang label artis mime kami nanti?

Saturday, December 18, 2010

Official Press Release: "Mime Your Life! Compilation of 'Rare' Stage Plays"

PRESS RELEASE




‘Mime Your Life’: Compilation of ‘Rare’ Stage Plays

The Qum Actors (TQA) theatre company in Kuala Lumpur will present “Mime Your Life!”, a compilation of stage plays with various concept of performances including mime, short play, staged reading, monologue and improvisation. The performances will be held on 20th and 21st December 2010 at the National Arts Gallery, Kuala Lumpur in collaboration with Rantai Art Festival “GRAVITY” which is organized by Rantai.Art, a non-profit art organization aimed to facilitate participation in art by community.

“Mime Your Life!” focuses on mime performances which is still considered ‘rare’ to the Malaysian theatre scene. There will be six solo mime sketches performed by young Malaysian mime newcomers such as ASH, Cairell and A.Noisef. Each mime artist will ‘mime our life’ with their unique representation of the real life without using any props or equipments except their body or probably the audiences’ body.

Another main attraction is the staged reading of a Malay short play entitled “Nasi Lemak Seposen”, a winning script from Kakiseni’s Kakiscript Playwriting Competition. Written by a young playwright, Akin Muhammad, this play explores the dark side of both the urban landscape and the human heart, presented in a tightly drawn tale about money, compassion, humility and murder.

Theatre practitioner cum lecturer from Universiti Teknologi PETRONAS, Dr.Shark will stage his short sketch “Ketopat Oh Ketupat” which promised to tickle the audience. Dr.Shark will also appear in his monologue “Terrorist In Custody” and an improve piece entitled “Hmm..Oh..Hmm..”.

“Mime Your Life!” will entertain audiences with funny and amazing mime acts. Viewers will also experience the freshness of modern performing arts, all under one roof for FREE and most notably, all of them are created and staged by engineering students and technology professionals.

Date: 20 & 21 December 2010
Time: 8.30 PM – 10.00 PM
Venue: National Arts Gallery, 2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak 53200 Kuala Lumpur
Contact: 013-2768260
Admission: Free

For further enquiries, please contact The Qum Actors at 013-2768260 or e-mail to qumactors[at]gmail.com or log on to http://qumactors.blogspot.com

Produced by:
• The Qum Actors
• Rantai.Art
• Balai Seni Lukis Negara

Thursday, December 16, 2010

Up Next: The Grand Finale Shows 2010 at National Arts Gallery

Demi matlamat kami menarik minat dan mempromosikan seni teater dan mime di kalangan masyarakat terutamanya golongan muda, apalah kiranya jikalau kami memberikan begitu banyak persembahan dengan kadar yang sifar? Oh ya kami memang suka buat persembahan. Kami bukan sahaja berniat hendak menghiburkan anda penonton semua, tapi kami juga ingin menyampaikan sesuatu yang hanya anda sendiri yang tahu. Walaupun dari segi komersial kami rugi dari segi wang ringgit namun itu semua tidak penting (setakat ini), yang penting anda, penonton yang mendapat input, adalah hasil yang kami mahukan. Oleh itu, dengan suka citanya, suka relanya, kami bakal mempertontonkan anda semua, warga Kuala Lumpur yang serba moden, dengan persembahan teater-teater moden berjumlah LEBIH 10 BUAH SEMUANYA. Ya, LEBIH 10 BUAH PEMENTASAN TEATER PERCUMA, khas untuk anda, para penonton yang kami hargai.

Berikut adalah butir pementasannya:

Sempena acara: RANTAI ART FESTIVAL "GRAVITY" (Klik ke blog RANTAI.ART)
Tarikh: 20 & 21 DISEMBER 2010 (ISNIN & SELASA)
Masa: 7.00 - 10.00 MALAM 
(Pukul 7.00 malam kami tengah siap-siap. Pukul 8.30 malam baru mula persembahan, tapi kalau anda nak tengok kami bersiap-siap pun boleh.)
Tempat: Peti Seni, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. 
(Sebelah Istana Budaya tu... Kalau tak tahu juga boleh rujuk peta.)





Seperti yang terpampang pada poster di atas, berikut adalah butiran pementasan yang lebih lanjut:

5.00 - 7.00 PM: Ketibaan para pelakon, krew, penyokong kami, dan orang ramai ke acara. Bagi yang bekerja boleh terus gerak dari tempat anda ke tempat show. Bagi yang tak bekerja boleh turun lepak kat KL dulu siang tu. Dah nak dekat hari natal ni mesti ada cerita best. (Sila jangkakan kehadiran pelakon yang sedikit lambat.)


7.00 - 8.15 PM: Para pelakon siap-siap pakai baju dan mekap. Bergantung kepada tahap profesionalism mereka dalam bidang lakonan teater, sesi pemanasan badan dan suara mungkin ada, mungkin tiada.


8.15 - 8.30 PM: Acara bermula dengan sedikit 'special intro' daripada Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr.Shark) yang datang dari Universiti Teknologi PETRONAS, Perak. Nak tahu dia nak buat apa? Kena datang awal lah ya.


8.30 - 8.35 PM: Sebelum show bermula, ada sedikit intro tentang The Qum Actors dan Tronoh Theatre Shop.


8.35 - 8.50 PM: Sketsa 'mime' (3 buah) oleh ASH, Cairell & SEFA


8.50 - 9.10 PM: Play reading "Nasi Lemak 0.1" oleh Faisal Aziz, Tasha Zamri, Nik Aiman, Nisa Maris, Akin M.


9.10 - 9.20 PM: Monolog "Terrorist In Custody" oleh artis jemputan, Dr.Shark


9.20 - 9.30 PM: Improvisasi "Hmm..Oh..Hmm.."


9.30 - 9.45 PM: Sketsa 'mime' (3 buah) oleh ASH, Cairell & SEFA


9.45 - 9.59 PM: Teater pendek "Ketopat Oh Ketupat" oleh Nisa Maris, Tasha Zamri, & Amiratul Husna


10.00 PM: Tutup pintu.


Kami ada buat mime, play reading, monolog, improvisasi, dan teater pendek. Buat apa fikir lagi kalau nak datang tengok ke tak? Dah lah percuma, banyak pilihan, best pulak tu! Datang jangan tak datang!

Jumpa anda semua di lokasi ya?

Tuesday, December 14, 2010

Up Next: ASH The Mime in 1st Malaysian African Art Tourism

Mime speaks international language! Bahasa persembahan mime adalah antarabangsa dan boleh difahami oleh semua manusia di muka bumi ini (kecuali yang kurang upaya penglihatan). Jadi, buat pertama kali bagi The Qum Actors, akan mempersembahkan ASH (The Mime) (lagi...) di dalam Welcoming Party untuk acara 1st Malaysian African Art Tourism.

Acara: 1st Malaysian African Art Tourism Welcoming Party
Tarikh: 18 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: Pukul 5.00 petang.
Tempat: Galeri Dunia Seni Lukis. (Sila rujuk peta)
Bagi mereka yang menaiki kenderaan awam, boleh menaiki LRT Aliran Ampang dan turun di stesen Maluri. Kemudian jalan kaki sedikit, sampailah.



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang acara ini, silalah baca poster di bawah:


Success! Mime In Action 2 + Nasi Lemak 10 Sen + Ketopat Oh Ketupat

Pada 11 Disember 2010 yang lalu, bertempat di Annexe Gallery Central Market, telah berlangsung sebuah acara seni yang dianjurkan oleh The Annexe Gallery lebih kurang empat kali setahun iaitu ART FOR GRABS. Kebiasaannya acara ART FOR GRABS ini akan mengambil tema sempena peristiwa tertentu. Jika September yang lalu temanya Hari Malaysia, untuk kali ini ART FOR GRABS X-MAS Special + Human Rights Day.

ASH mempersembahkan "The Housewife" dan "The Love Finder"

Antara penonton yang hadir. Terima kasih datang!

A.Noisef (SEFA) mempersembahkan "Teardrops" dan "Throw"

Cairell pula mempersembahkan "The Magician" dan "The Archery"

Play reading "Nasi Lemak Seposen". Dari kiri: Nik Aiman, Tasha Zamri, Akin Muhammad, Faisal Aziz dan Aizuddin Amran

Tasha Zamri beraksi sebagai Kak Zee.

Dua orang laki orang + Seorang janda = ? (Sketsa pendek Ketopat Oh Ketupat)

Para pelakon bergambar bersama salah seorang penonton.

Bagi sesiapa yang belum tahu lagi, matlamat The Qum Actors adalah untuk mempromosikan persembahan berbentuk mime di Malaysia yang dikira masih jarang lagi di sini.

Pada malamnya pula, ASH turut tampil mempersembahkan sebuah mime sempena majlis Hadiah eSastera.com yang diadakan di Laman Budaya, Galeri Shah Alam. Gambar ada, tapi kualitinya kurang memberangsangkan untuk ditayangkan di sini.

Okaylah, letak satu gambar juga.

ASH mempersembahkan "Mencari Cinta"

Majlis hadiah eSastera tersebut adalah majlis makan malam. Antara persembahan lain adalah Beeha dengan lagu akustiknya, tarian kanak-kanak serta puisi daripada pengkarya eSastera sendiri. Sasterawan Negara A.Samad Said merupakan antara tetamu kehormat yang hadir.

Bagi pihak The Qum Actors pula, jurang pentas dengan khemah penonton makan malam agak jauh. Jadi mungkin persembahan kami pada malam itu kurang umph!-nya. Namun begitu tak mengapa, kami tetap dapat makan percuma! :P

Baiklah sampai di sini saja dulu saya melaporkan. The Qum Actors akan lebih banyak beraksi lagi pada masa akan datang. Jadi jangan ketinggalan ya. Sebab kami amat bermurah hati selalu buat show percuma!

Tuesday, November 30, 2010

Up Next: "MIME IN ACTION + NASI LEMAK SEPOSEN" in ART FOR GRABS X-MAS

Selamat sejahtera semua!

Sabtu yang lalu, 27 November 2010, The Qum Actors telah sekali lagi menampilkan artis mime "Ash" sewaktu "Buy Nothing Day" atau "Hari Tanpa Belanja" bertempat di MAP KL Solaris, Dutamas. The Qum Actors telah diundang oleh Frinjan untuk mengisi slot aktivitinya pada pukul 4 hingga 7 petang.

Memandangkan ahli TQA yang dapat hadir menemani Ash hanyalah seorang, oleh sebab itu tiada gambar yang dapat dipaparkan kali ini disebabkan tiada orang yang bertindak mengambil gambar.

Oleh kerana Ash begitu gemar melakukan sketsa mime (dan ternyata dia memang seorang mime yang bagus dan berpotensi tinggi) kami dengan berbesar hati akan menampilkan Ash The Mime lagi pada bulan Disember ini. Dan kali ini dia tidak berseorangan. Rakan-rakan mime dari Tronoh Theatre Shop seperti Cairell dan SEFA akan turut sama beraksi di dalam acara ART FOR GRABS X-MAS SPECIAL.

Sila lihat butir acara di bawah ini.



MIME IN ACTION + NASI LEMAK SEPOSEN

Mime Performance + Play Reading
Sat 11 Dec | 4pm-6pm
Presented by Tronoh Theatre Shop & The Qum Actors
Admission free


ART FOR GRABS HUMAN RIGHTS DAY + XMAS SPECIAL
Arts & Crafts Bazaar + Events
Sat 11 & Sun 12 Dec | 12pm to 8pm
Presented by The Annexe Gallery, supported by Central Market
Admission Free

It’s that time of the year again! The Annexe Gallery celebrates our 11th edition of Art For Grabs, coinciding with the Xmas season and Human Rights Day. Featuring an arts and crafts bazaar with 40 stalls selling wonderful goodies for under RM100 each, and a programme of fringe events that include launches, talks, and even a drag workshop!

EVENTS

Sat 11

12pm – ANNEXE HEROES 2010 Freedom Of Expression Awards
For the third consecutive year, we present the Annexe Heroes Awards, in recognition of Malaysians who have done outstanding work in championing freedom of expression. Join us as we honour Azmi Sharom, Edmund Bon, Fahmi Reza, Farish Noor & Shelah!

2pm - A DAY OF PET LOVE - "NO! A Lesson in Love" Book Launch by Sam Hepburn
Scottish-Malaysian illustrator Sam Hepburn launches her first picture book “NO! A Lesson in Love” about her relationship with her dog, a mini schnauzer called Jang Gun. Plus performances and a talk by PAWS on good pet ownership. You can also meet Jang Gun!

4pm – MIME IN ACTION Mime Performance + Play Reading by Tronoh Theatre Shop & The Qum Actors
Mimers from the Perak Tronoh Theatre Shop present a compilation of short mime performances. Perfect for younger audiences! There will also be a preview performance of the full length play “Nasi Lemak Seposen” by The Qum Actors that will be staged in April next year.

6pm – QUEER AS FILMS: It Gets Better in Malaysia
Seksualiti Merdeka launches short videos featuring Malaysians telling young LGBTs around the country not to despair: yes, it gets better.

+

Sun 12

12pm – Farish Noor presents “FROM TOTEM TO BLING BLING: Megaprojects and Other Follies in Southeast Asia
Farish continues his OtherMalaysia Lecture series with a look at the evolution of both sacred and political architecture across Southeast Asia, from the age of Angkor to the present, and try to understand the logic of megaprojects across the region.

2pm – “UNIMAGINED: Muhammad, Jesus & James Bond” Performance Narrative by Imran Ahmad
Internationally acclaimed author of “Unimagined” Imran Ahmad gives a performance narrative entitled “The Unimagined Path to Publication”, following your dream while keeping your day job, living as a Muslim in England and America, and the struggle to get his memoir published in a post-9/11 world.

4pm – “PERAK: A STATE OF CRISIS” Book Launch by Loyar Burok
The new book “Perak: A State of Crisis”, edited by Audrey Quay, offers a compelling blow-by-blow analysis of the controversial takeover of the Perak state government, and what it really means for Malaysians. To be launched by former Perak MB Nizar Jamaluddin.

6pm – DRAGTASTIC Workshop with SHELAH!
KL’s drag queen extraordinaire Shelah! presents DRAGTASTIC, her first ever drag performance workshop. The workshop aims to bring out your inner diva and boost your self confidence so you too can live your life fabulously like a bona fide drag queen. Find out how to join the workshop at http://www.annexegallery.com/



Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan istimewa daripada kami nanti. Anda pasti akan terhibur dengan persembahan kami. Dan ya, masuk percuma.

Jumpa anda di sana!

Monday, November 15, 2010

Break a-Leg: Hakikat teater di Malaysia

aku melihat kepada kebenaran betapa perit nya rakan-rakan dalam memperjuangkan TQA, tanpa sponsor atau publisiti daripada mana-mana pihak.. Malah kadang-kadang (atau lebih tepat, selalu) harus "berkorban" mengeluarkan wang dari kocek sendiri untuk seni teater..

untuk itu aku ingin mengajak rakan-rakan mengambil sedikit pengajaran.. daripada suara hati seorang jagoan teater Malaysia, arwah Syed Alwi Syed Hassan, dalam temuramah beliau bersama utusan malaysia:

''Boleh saya katakan, teater di negara ini masih merangkak dan bergolak biarpun kita memiliki pelbagai kemudahan canggih seperti Istana Budaya dan lain-lain. Mungkin masih setaraf dengan pentas yang saya duduki ini (Panggung Eksperimen, KL)."

''Apa yang meningkat hanyalah kos produksi yang berpuluh-puluh kali ganda. Kalau dulu untuk sesebuah pementasan hanya sekitar RM2,000 tetapi kini ia menjangkau lebih RM200,000 tetapi mutu tetap sama seperti zaman penglibatan awal saya dalam teater 50 tahun dulu,'' katanya.

Lebih malang, menurutnya, kemunculan ratusan penggiat dan penulis teater tidak mampu memberi kesan yang sewajarnya. Mereka masih tertutup di bawah 'tempurung' teater mereka sendiri tanpa ada usaha untuk keluar.

''Kemunculan penulis-penulis dan penggiat generasi baru ini tidak ada yang benar-benar berjaya membawa arah tuju teater Malaysia."

''Sebenarnya tidak ada orang teater yang benar-benar komited seperti Noordin Hassan dan saya serta beberapa tokoh (arwah) yang benar-benar memperjuangkan teater,'' tambahnya.

Salah satu punca kegagalan penulis-penulis generasi kini disebabkan oleh sikap kurang peka mereka dalam mengetengahkan tema, konsep dan penguasaan terhadap teknik teater moden.

Ini pastinya sama sekali berbeza dengan produksi teater generasi 1950-an yang sensitif dalam manfaatkan persoalan masyarakat ke pentas.

Beliau melihat teater Melayu sebagai contoh. Pada dekad ini begitu banyak pementasan drama yang bernuansa Melayu tetapi ciri, world view Melayu dan lain-lain tidak kelihatan dengan jelas.

Di sisi lain, tokoh seperti Noordin menjadi contoh insan teater tanah air yang begitu sensitif menggali dan mengungkapkan jiwa Melayu ke pentas.

''Di Malaysia hari ini, begitu banyak drama pentas Melayu dipentaskan tetapi yang benar-benar melihat jiwa, identiti dan ciri-ciri Melayu tidak ada."

''Sebagai produksi Melayu, sesebuah drama seharusnya menonjolkan aspek-aspek ini dalam semua pendekatan, walaupun menerusi teater berbahasa Inggeris,'' ungkapnya.

Temuramah itu berlangsung sekitar tahun 2000.. dan setelah 10 tahun.. aku kira.. hakikat nya tetap sama..

Selamat Hari Raya Korban 1431 Hijrah.


sumber: arkib Utusan Malaysia

Wednesday, November 10, 2010

TQA di Pekan Frinjan Edisi 15

Sabtu, 6 November 2010 yang lalu TQA sekali lagi menampilkan Ash The Mime di dalam Pekan Frinjan Edisi 15 di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam. Pekan Frinjan merupakan acara bulanan yang dianjurkan oleh Frinjan, sebuah entiti sifar untung yang bertujuan menghimpunkan golongan muda bergiat aktif dalam seni. Acara bermula pada pukul 8.30 malam dengan tayangan filem pendek yang memenangi Freedom Film Festival. Kemudian acara perasmian wifi Selangor oleh Y.B. Dan selepas itu bermulalah persembahan.

Sesi moral support daripada Faisal.

Ash mempersembahkan sebuah piece mime yang terbaru iaitu "The Housewife" yang menceritakan seorang perempuan mengandung membuat kerja-kerja rumah sehinggalah bayi dalam kandungannya hampir dilahirkan. Kemudian dia cuba mendapatkan bantuan tetapi tidak berjaya. Kesudahannya? Sudah pasti anda perlu datang menonton persembahan mime Ash ini untuk mengetahui kesudahannya.

Ash ditemuramah sebelum mula show.

Ok. Dah mula show, mengantuk.

Beginilah aksi mime, tak perlu prop pun. Cool kan?

Mencuci lantai.

Mencuci lantai lagi.

Sakit dah nak bersalin.

Ternyata penonton yang hadir memberikan respon yang positif dan memberangsangkan terhadap  persembahan Ash itu. Persembahan mime ini juga telah menambah variasi jenis persembahan yang ada pada malam itu. Tidak hanya tertumpu kepada persembahan nyanyian daripada band-band indie ataupun persembahan lagu puisi yang dicampur dengan elemen teater. Sudah cukup banyak persembahan berkonsepkan lagu dan nyanyian di Malaysia ini, jadi The Qum Actors mahu tampil menunjukkan sesuatu yang dianggap masih jarang lagi di Malaysia ini, iaitu persembahan mime atau lakon bisu atau pantomine. Hah, kau orang semua mesti pernah dengar pantomin kan?


Sakit nak bersalin bertambah.

Alamak dah nak beranak!

Cubaan mendapatkan bantuan. Gagal.

Cubaan mendapatkan bantuan. Gagal lagi.

Cukup feminin.

Tak guna punya telefon!

Berlari lebih pantas mendapatkan bantuan.

HA HA!

HA HA HA

HA HA HA HA

HA HA HA HA HA

Akhirnya...

Ash adalah artis mime di bawah naungan kami dan mendapat tunjuk ajar sulungnya daripada Dr.Shark, Pengasas Tronoh Theatre Shop dan juga ahli TQA sendiri. Kini Ash sedang menjalani latihan industrinya di KLCC sebelum menamatkan pengajiannya dalam bidang ICT pada tahun hadapan.

Turut sama hadir memberikan sokongan padu adalah CEO TQA sendiri, Faisal Aziz, Yusuf Amat, Azmi "Koba" Yaacob, Mekot dan jurumekap Encik Muhammad Md Haris. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Frinjan kerana memberi ruang kepada kami. Tidak dilupa juga terima kasih kepada semua yang sudi hadir  menonton.

Jika anda suka menonton persembahan mime daripada Ash, jangan lupa ikuti perkembangan kami dari semasa ke semasa! Banyak lagi aktiviti yang akan kami adakan dan yang akan kami sertai.



Foto oleh: Mekot.

p/s: Tengok gambar sahaja tak cukup seronok. Tengok secara 'live' baru cara!

Wednesday, November 03, 2010

Teater "Aerosoul"

Pada 9 & 10 Oktober 2010 yang lalu, The Qum Actors (TQA) sekali lagi beraksi di pentas Taman Budaya KL di bawah satu produksi Tronoh Theatre Shop "The Bundle Show" yang memuatkan beberapa persembahan mime, teater pendek "Aerosoul" dan "Ketupat Oh Ketupat" dan teater "Bedah".

"Aerosoul" dibarisi oleh pelakon daripada TQA sendiri yang juga merangkap ahli-ahli Lembaga Pengarah iaitu Faisal Aziz, Ainifadhilah Mahayuddin dan Aizuddin Amran. "Aerosoul" adalah karya 'instant' (segera) Akin Muhammad dan diarahkan oleh Faisal Aziz.

"Aerosoul" mengisahkan Semut yang mencari gula dan manisan dalam dunia manusia. Dunia manusia waktu itu bercuaca kurang baik dan hujang sepanjang masa. Ramai manusia yang sudah lari meninggalkan dunia manusia sendiri. Yang tinggal, hanya seorang Perempuan dan seorang Lelaki. Dalam perjalanan, Semut bertemu dengan Perempuan dan Lelaki dan bertanyakan tentang gula dan manisan. Lelaki pelik dan mencurigai kedatangan Semut. Namun Perempuan merasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa pada Semut. Semut berehat dan bermalam di dunia manusia. Semut didatangi mimpi kisah perit kehidupan koloni Semut yang dilanda bencana. Ramai kaum kerabat Semut yang sudah mati. Semut terjaga. Perempuan cuba mendekati Semut untuk mengenalinya degan lebih lagi. Semut kemudian berkongsi kisah duka hidup semut-semut dan tujuan sebenarnya ke dunia manusia. Semut dan Perempuan sama-sama menangis. Sewaktu itu, Lelaki muncul cuba untuk menghalau semut dan membunuhnya dengan aerosol. Namun, Semut bijak melawan Lelaki dan berjaya menumpaskannya. Akhirnya, Semut dan Perempuan bersama-sama pergi mencari ’kemanisan’ kemanusiaan.

Berikut adalah sedutan daripada pementasan teater pendek "Aerosoul" ini.


PEREMPUAN (Aini) berbaju putih dan LELAKI (Faisal) berbaju hitam mula berbicara tentang kesedihan dan kemanusiaan.


Melihat sudah ramai manusia melarikan diri daripada kemanusiaan.


Tiba-tiba datang seekor SEMUT MERAH (Aizuddin) yang ingin mencari kemanisan dalam kemanusiaan.


LELAKI mengesyaki kehadiran SEMUT untuk mengganggu PEREMPUAN.


LELAKI yang sentiasa terikat dengan nafsunya terhadap PEREMPUAN.


SEMUT sedih dan kesal dengan bencana yang melanda koloninya akibat perbuatan manusia.


(Dan sayang sekali, tiada gambar yang menunjukkan 'serangan aerosol'. Aha!)


Terima kasih kepada semua  yang sudi hadir meluangkan masa menonton.
Jangan lupa saksikan TQA lagi pada masa akan datang. Kami janji, kami akan buat yang lebih baik nanti!

Saturday, October 30, 2010

The Qum Actors di Lorong Seni Putrajaya

Tanggal 23 Oktober 2010, hari Sabtu, The Qum Actors telah turut sama memeriahkan satu acara yang bernama Lorong Seni yang dianjurkan oleh Kaki Teater Muda Putrajaya bertempat di Menara KBS, Presint 4, Putrajaya. Acara bermula dari 12.00 tengah hari sampai pukul 6.00 petang.

The Qum Actors (TQA) diwakili oleh Faisal Aziz, Yusuf Amat, Nisa Maris, Farhan Iqbal, Azirah Radzi dan menampilkan Asyraf Nazmie atau lebih dikenali sebagai Ash The Mime yang merupakan fokus utama untuk tujuan promosi TQA sendiri.



Sekitar pukul 3.30 petang, slot Puisi & Akustik dan apa-apa jenis persembahan seni bermula. Orang ramai disajikan dengan dendangan lagu oleh Ekstetika, puisi akustik oleh Yusrika Bahar yang merupakan salah seorang tunjang utama Lorong Seni, persembahan unik oleh Ukulele Malaya, nyanyian lagu-lagu, deklamasi sajak dan tidak ketinggalan persembahan mime oleh Ash dari The Qum Actors.


Ash mempersembahkan dua buah sketsa mime iaitu "The Archery" dan "The Housewife". TQA cukup berbesar hati kerana orang ramai dapat menghargai dan memberikan perhatian kepada persembahan mime tersebut dan memberikan respon yang positif kepada kami.

Oleh sebab itu kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada seluruh komuniti seni yang wujud di sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya dan yang berhampiran pada masa akan datang. Jika anda sukakan persembahan mime daripada kami, teruskan bersama kami dan mengikuti perkembangan THE QUM ACTORS dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberikan ruang kepada kami dan terima kasih juga kepada yang sudi hadir memeriahkan acara.

Terima kasih dan jumpa lagi!

Tuesday, October 12, 2010

Popcorn Kosmik: Burung-burung hantu Ga'hoole

*Review/ulasan Legend of Guardian: The Owl of Ga’hoole

Aku tidak la excited mana utk menonton filem ini pada awalnya. Tetapi setelah dipaksa oleh wife aku (dan sebab dpt tngok free+popcorn & coke percuma) untuk ikut bersama program kemasyarakatan kompeni die buat (belanja makan & wayang anak2 yatim PJ), aku pon layan kan aje lah..

Dan apabila aku melihat nama Zack Snyder (300, Watchmen) pada intro movie, aku mula memberi perhatian. Snyder dikenali kerana seni senima visual grafik beliau yang tersendiri. Aku mula meletak jangkaan tinggi.

Filem Legend of Guardian (LOG) adalah berdasarkan novel kanak2 Kathryn Lasky (penulis Amerika) The Owl of Ga’hoole’. Berkisar tentang Soran, burung hantu muda yang ditangkap untuk direkrut oleh satu puak burung hantu yang gilakan kuasa, the Pure Ones. Soran Berjaya melarikan diri dan terbang merentasi laut Hoolemere untuk mencari Guardian of Ga’hoole. Selepas itu bermula bertembungan antara kuasa jahat (Pure Ones) & baik (Guardian) yang menjadi intipati utama filem.

LOG mungkin menampilkan sisi yang agak gelap, dari segi ideology & adengan ganas, tidak sesuai dikalangan penonton cilik di Malaysia tanpa bimbingan penonton yg lebih dewasa. Choreography aksi adalah stail Snyder, gerak perlahan & focus kamera (zoom) untuk intensify effect. Dinamik visual Snyder, membawa penonton dari segenap sisi pandangan untuk mengekalkan minat & tumpuan. Contoh nya, adengan terbang kedalam hujan ribut di lautan Hoolemere, kalau secara ringkas mungkin hanyalah adengan sekumpulan burung hantu yang terbang sekelompok, tetapi visual diolah menjadi sangat dinamik hingga penonton terus teruja dan terasa seperti turut terbang. Snyder juga tidak melupakan aspek scenery, elemen hutan, laut & kepulauan Great Tree yang memukau.

Cuma watak2 yg ditampil adalah 90% burung2 hantu menimbulkan kekeliruan dengan watak2 utama nya dan mungkin bagi audien kecil perlu mengambil masa yang agak lama untuk membezakan antara watak2 tersebut. Tidak seperti filem animasi lain (toy story, shrek, a bugs life, monster co.) yang mana penampilan & perbezaan watak2 utama nya adalah jelas.

Aku agak pelik loghat English dalam filem ini, tapi di penghujung filem, Owh patut la.. suara latar adalah daripada barisan pelakon hebat Australia (cth. Hugo Weaving).

Rumusannya, bagi aku, ok lah, tetap layan. Mengambil kata2 motivasi dari Echidna, seekor landak psychic kepada Soren & rakannya sebelum terbang merentasi lautan Hoolemere yg tak berpenghujung: “ when you’re flown as hard as you can, you’re half way there!”

Dan tribute aku tentunya geng2 cilik dari PJ yg memang sporting!