Sunday, May 15, 2011

Coming Soon! Qum: Kebangkitan (Mimos)



Title: "Qum: Kebangkitan (Mimos)"

Produced by The Qum Actors in collaboration with Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Showtime:
10th June 2011, 8.30 PM
11th June 2011, 8.30 PM
12th June 2011, 3.00 PM
12th June 2011, 8.30 PM

Venue: Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Menara Dewan Bahasa & Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Ticket: RM 10

Type of performance: Three different genres in one night (mime, monologue and modern theatre)

Synopsis:

(1) Mime - "Ash: Debu Cinta"

How much does love means to you? Is it worth seeking for? The story revolves around the life of Ash, a supermodel looking for the love of her life. Ash found her love, Acab on the dance floor. They got married and when everything seems to be going well for her, tragedy strikes! What will happen to Ash?

Created by: Asyraf Nazmie, Asyraf Maskan & Dr. Shark
Directed by: Asyraf Nazmie
Cast: Asyraf Nazmie, Asyraf Maskan


(2) Monologue - "Pondok Tok Ayah"

Story of a 'ghost' lives in an small and old house of Tok Ayah with his wife, Jah. Tok Ayah fights for the rights of his land inherited from his great great grandparents, but he fails and the land goes to the hand of The Developer. The 'ghost' of Tok Ayah yet keeps to fight and hold from being spirited away by "The Bomoh". Unexpectedly, one fine day... EVERYTHING is destroyed.. misteriously.

Created by: Dr. Shark
Directed by: Ainifadhilah Mahayuddin
Cast: Khairul Anwar Samad


(3) Modern Theatre - "Nasi Lemak 10 Sen" (Kakiseni Kakiscript 2nd Playwriting Competition 2009 Consolation Prizewinner)

He's young. He's not handsome. He's not rich. He's a beggar in a big, fat city of Kuala Lumpur. He has collected RM1.40 and needs only 10 cent more to buy and eat Kak Zee's famous and delicious nasi lemak.
Meanwhile....
He's young. He's handsome. He's the rich guy in a big, fat city of Kuala Lumpur.. and he's fat. The Beggar asks for 10 cent from The Rich Guy. He fails. Comes The Beggar (II) try to take advantage on The Beggar and steals his most precious RM1.40. Now, how is he going to buy and eat Kak Zee's nasi lemak? Will he succeed? Will he do ANYTHING to buy and eat Kak Zee's nasi lemak?
Yes! This is the story of nasi lemak, the greatest dish ever created in Malaysia!

Created by Akin Muhammad
Directed by Akin Muhammad
Cast: Nik Ahmad Aiman, Aizuddin Amran, Nisa Maris, Khair al-Nizam, Hissamuddin Zulkifli, Azizi Aziz


Performed in Malay except mime.


Contact: 013-2768260

Website: http://qumactors.blogspot.com

Akan datang! Qum: Kebangkitan (Mimos)

The Qum Actors akan menerbitkan sebuah produksi teater kompilasi

QUM: KEBANGKITAN (MIMOS)

Menampilkan artis-artis dari The Qum Actors dan Tronoh Theatre Shop



Qum: Kebangkitan (Mimos) mengandungi:

(1)
Teater Moden - Nasi Lemak 10 Sen

Cerita tentang seorang pengemis yang sudah berjaya mengumpul RM 1.40 dan hanya perlukan 10 sen sahaja lagi untuk membeli nasi lemak Kak Zee kegemaran ramai. Pengemis mengemis 10 sen daripada Orang Kaya tetapi gagal. Pengemis II pula muncul mengambil kesempatan mencuri RM 1.40 milik pengemis. Bagaimanakah pengemis hendak mendapatkan nasi lemak Kak Zee kegemaran ramai?

Karya: Akin Muhammad
Sutradara: Akin Muhammad
Pelakon: Nik Ahmad Aiman, Nisa Maris, Khair al-Nizam, Aizuddin Amran, Hissamuddin Zulkifli, Azizi Aziz


(2)
Monolog - Pondok Tok Ayah

Cerita mengisahkan jin yang menghuni pondok tinggalan Tok Ayah bersama isterinya Jah. Tanah tinggalan Tok Ayah yang merupakan pusaka turun temurun akhirnya jatuh ke tangan “kemajuan”. Jin Tok Ayah cuba bertahan dari di halau oleh “bomoh” yang datang menjampi serapah setiap kali. Pada suatu hari, tanpa di sangka, segala nya berkecai jua…

Karya: Dr. Shark
Sutradara: Ainifadhilah Mahayuddin
Pelakon: Khairul Anwar Samad


(3)
Mime - Ash: Debu Cinta

Cerita tentang Ash (seorang supermodel) yang mencari dan bertemu cintanya, Acab di sebuah kelab malam. Ash dan Acab berkahwin dan apabila semuanya kelihatan baik-baik sahaja, tragedi menimpa Ash satu demi satu demi satu demi satu...

Karya: Ash, Asyraf Maskan & Dr. Shark
Sutradara: Ash
Pelakon: Ash dan Asyraf Maskan



Sesi persembahan:

10 Jun 2011 : 8.30-10.30 malam
11 Jun 2011 : 8.30-10.30 malam
12 Jun 2011 : 3.00-5.00 petang dan 8.30-10.30 malam.

Tempat: Stor Teater DBP, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, KL

Harga Tiket:
RM 10


Hubungi: 013-2768260 untuk tempahan tiket atau maklumat lanjut.

*Tempat adalah terhad kepada maksimum 70 orang sahaja bagi setiap sesi persembahan.

Maklumat lanjut, layari:

http://qumactors.blogspot.com/
http://tronohtheatershop.blogspot.com/

Monday, April 25, 2011

Liputan "Ash In The Ashes: The Mime Show" di dalam Kosmo! Rencana Utama - 25 April 2011

Seni lakonan tanpa suara




LELAKI itu leka menatap cermin meja solek di hadapannya. Tangannya membelek satu-persatu peralatan alat solek dalam beg yang dibawa. Di dalamnya ada gincu, celak mata dan bahan pewarna muka.
Dia mengambil span nipis lalu menyapu bahan pewarna yang berwarna putih itu di sekeliling wajahnya.
Sebaik selesai, dia mencalitkan pula gincu berwarna merah terang itu ke bibirnya. Keningnya juga dibentuk dan dihitamkan dengan menggunakan celak.

Asyraf Nazmie Abd. Halim atau lebih mesra dengan panggilan Ash itu sekali lagi membelek wajahnya di sebalik cermin. Dia tersenyum, solekan yang mirip seperti badut itu nampak sempurna di matanya.


“Solekan muka merupakan ciri-ciri kostum tradisional dalam persembahan mime (seni lakonan tanpa suara). Begitu juga sarung tangan putih, topi hitam dan baju berbelang hitam putih.

“Bagaimanapun, perubahan zaman menyebabkan ia dianggap klise, majoriti penggiat mime moden tidak lagi menggunakan kostum begini,” kata anak kelahiran Batu Gajah, Perak itu.

Ash mengambil tempatnya di atas pentas. Sebentar lagi dia dan rakannya, Asyraf Maskan akan menjayakan teater Ash in The Ashes: The Mime Show yang berlangsung di Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur itu.
Hatinya berdebar-debar. Ini kali pertama mereka berdua akan mempersembahkan mime dalam bentuk teater di hadapan penonton.

Lazimnya persembahan mime hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit sahaja, kali ini ia akan berlangsung hampir satu jam. Lagi pun teater jenis itu masih lagi asing dalam kalangan peminat seni tempatan.

Sebaik sahaja lampu dinyalakan, kedua-duanya mula beraksi. Suasana sunyi sepi itu sekali-sekala dipecahkan dengan garapan muzik bagi menghidupkan persembahan.

Teater itu mengisahkan kehidupan seorang model bernama Ash yang melalui pelbagai halangan dalam kehidupan dalam menemui cinta sejati bersama kekasihnya, The Magician.

Disiplin mime

MARCEL MARCEAU antara penggiat dari Perancis yang berjaya mempopularkan mime di seluruh dunia.


Persembahan itu berlangsung dengan jayanya. Tepukan penonton sebaik sahaja ia tamat membuktikannya. Ash gembira, nyata latihan berbulan-bulan sebelum ini berbaloi.

Penuntut tahun akhir Sarjana Muda Sistem Informasi Perniagaan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu memberitahu meminati mime kerana keunikannya.

Akuinya, berbanding teater atau lakonan biasa, mime menuntut disiplin yang tinggi serta latihan yang berterusan sebelum seseorang itu boleh menguasainya.

Lebih-lebih lagi, ia dipersembahkan tanpa dialog dan menggunakan alatan lakonan yang minuman.

Ujarnya, antara elemen penting dalam persembahan itu ialah bahasa tubuh di samping ekspresi wajah yang bertepatan dengan plot cerita.
“Pada masa yang sama, penggiatnya perlu kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi ketika beraksi. Misalnya, aksi memegang gelas, biarpun ia hanyalah ilusi, saya perlu membayangkannya seolah-olah ia wujud,” katanya.

Biarpun ramai mengaitkan seni itu dengan negara Perancis, namun mime dikatakan telah wujud sejak zaman pemerintahan tamadun Yunani dan Rom.

Ketika itu, penggiat-penggiat mime memakai topeng sambil menghiburkan ribuan penonton di panggung seni mime dikenali sebagai Hipotesis. Bangsa Rom kemudiannya telah mengembangkan seni itu ke Itali selepas mereka menguasai Greece.

Pada tahun 1811, mime mula dikembangkan di Perancis oleh Jean Gaspard Batiste Deburau. Dia kemudiannya mengembangkan dan memodenkan mime sehingga ia mula bertapak kukuh di sana.
Sejak itu, mime mempunyai peminat dan pengikutnya serta mula diiktiraf sebagai salah satu cabang seni yang kemudiannya berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Pengarah teater Ash in The Ashes: The Mime Show, Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty berkata, seni mime telah lama berkembang di negara ini, tetapi hanya segelintir sahaja yang berminat mendalaminya.

“Selama ini, mime sering menjadi selingan dalam persembahan teater atau pentas serta komedi oleh penghibur jalanan. Bagaimanapun, kali ini kami cuba mengolahnya dalam bentuk teater berskala penuh. Sebanyak 11 plot cerita digabungkan serentak dengan elemen-elemen muzikal bertujuan mempopularkan seni ini dalam kalangan peminat teater tempatan,” katanya yang juga merupakan pengasas, Tronoh Theatre Shop (TTS), sebuah kelab teater yang aktif di UTP.

BIARPUN hanya bersandarkan dua watak namun, teater Ash in the Ashes: The Mime Show tetap menghiburkan.


Syamsul berkata, mime lazim dipersembahkan dalam dua bentuk iaitu abstrak atau literal.

Katanya, persembahan abstrak tidak memiliki plot atau watak utama tetapi lebih kepada ekspresi perasaan yang digunakan untuk membangkitkan idea-idea tentang sesuatu subjek yang serius.

“Sementara itu, persembahan literal pula sering menggunakan elemen komedi dan penceritaan. Gerak-geri dan visual menunjukkan plot cerita yang jelas dan biasanya diakhiri konflik lucu yang dialami watak utama.

“Bagaimanapun dalam teater, kedua-dua elemen ini adakalanya digabungkan. Ia juga disesuaikan dengan elemen-elemen moden seperti muzik dan alatan lakonan yang sesuai dengan watak dan plot cerita,” jelasnya.

Minat pelajar kejuruteraan

Biarpun mempunyai latar belakang di dalam bidang kejuruteraan awam dan merupakan salah seorang pengajar kursus itu di UTP, namun Syamsul tidak kekok untuk mengembangkan seni mime di negara ini.
Katanya, dia mempelajari seni itu ketika melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Universiti Memphis, Amerika Syarikat sekitar tahun 1997 dahulu.

“Ketika itu, ia lebih kepada kepuasan diri kerana minat yang mendalam dalam bidang seni khususnya teater. Keunikan seni ini menyebabkan saya bertekad untuk mengembangkannya. Melalui TTS yang ditubuhkan pada 2003, saya berpeluang mencurahkan ilmu yang ada sekali gus melahirkan bakat-bakat baru dalam seni ini,,” katanya.

Salah seorang pelajarnya, Asyraf atau Acab melakonkan watak The Magician. Pemudah itu memberitahu, dia teruja mempelajari mime kerana tertarik dengan falsafah seninya.

“Ia bukan sekadar persembahan biasa sebaliknya turut melontarkan isu-isu sosial berkaitan masyarakat, politik dan sebagainya,” katanya.

Acab berkata, biarpun seni itu tampak mudah dan menghiburkan, namun ia sangat mencabar mental dan fizikal.

“Perkara asas yang perlu diketahui adalah bagaimana berinteraksi dengan penonton menggunakan bahasa tubuh dan ekspresi wajah secara semula jadi.

“Ia memerlukan disiplin tinggi dan proses latihan panjang, lebih-lebih lagi ketika menguasai watak dan plot cerita yang dijayakan,” katanya yang berlatih di hadapan cermin dan mempelajari teknik-teknik mime di laman Youtube.


SESEORANG penggiat mime perlu mahir menggunakan bahasa tubuh dan ekspresi muka ketika berinteraksi dengan penonton.


Jelasnya penuh berfalsafah, penggiat mime boleh diibarat seperti memiliki tubuh ahli gimnastik, minda seorang pelakon dan jiwa seorang penyair.

Tambah Acab, sama ada melakukan persembahan secara solo, duo atau berkumpulan, apa yang penting adalah bagaimana menjadikan sesuatu persembahan itu menghiburkan dan tidak jemu ditonton.

“Di sinilah terletaknya kreativiti seseorang penggiat mime, biarpun apa yang dilakukan hanyalah ilusi, namun mereka perlu bijak memanipulasikannya seperti ia benar-benar wujud,” jelasnya.

Bagi Syerina Ahmad Khan, dia gembira kerana pertama kali berpeluang menonton persembahan mime apatah lagi, dalam bentuk teater.

“Sebelum ini, saya sering menonton teater biasa dan teater muzikal, tidak banyak yang diketahui mengenai mime.

“Ibarat menonton sebuah persembahan bisu, penonton perlu peka dengan apa yang berlaku di atas pentas untuk memahaminya,” katanya.

Menganggapnya sebagai pengalaman baru dan menarik, dia yakin mime berpotensi untuk dikembangkan dan bakal mempunyai peminat serta pengikutnya sendiri satu hari nanti.

_________________________________________________________________________


Terima kasih kepada Kosmo! kerana telah sudi membuat liputan mengenai persembahan kami ini.

Saturday, April 02, 2011

Ash In The Ashes - The Mime Show

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pada 12 dan 13 Mac 2011, telah berlangsungnya persembahan Ash in the Ashes: The Mime Show di Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur. Mime atau seni lakonan tanpa suara mungkin masih lagi baru di Bumi Malaysia dan dengan tertubuhnya The Qum Actors, TQA(Alumni kepada Tronoh Theatre Shop) di Kuala Lumpur, adalah menjadi salah satu misi TQAbagi menaikkan semula satu cabang seni lakonan ini khususnya di Malaysia. Berpendapat bahawa Mime merupakan salah satu seni lakonan yang mungkin bukan baru, tetapi hanya segelintir sahaja yang mempunyai minat untuk mendalami seni lakonan yang menarik ini.

Dengan usaha sama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kuala Lumpur, Taman Budaya Kuala Lumpur dan TTS, TQA mencambahkan idea bagi menganjurkan persembahan Mime berskala penuh yakni menyamai persembahan teater penuh. Kebiasaannya persembahan Mime adalah dalam tempoh masa yang singkat iaitu dalam tempoh masa 10 minit atau maksimum 15 minit. Maka dengan itu, persembahan Ash in the Ashes: The Mime Show pada musim ini boleh dilabel sebagai persembahan Mime berskala penuh yang pertama di Malaysia. Berikut merupakan suasana sepanjang persembahan Ash in the Ashes yang merupakan gerakan pertama TQA bagi mempopularkan Mime di Malaysia.

Aksi kemunculan pertama Ash sebagai model yang melucukan

Persembahan Ash in the Ashes: The Mime Show secara ringkasnya bertemakan cinta manusia serta makna cinta dalam kehidupan manusia. Ash merupakan watak utama dalam cerita ini diceritakan kisah hidup Ash dari awal sehingga menemui cintanya iaitu The Magician (acab) kemudian bagaimana Ash terpaksa menghadapai cabaran dalam cintanya. Watak lembaga hitam atau melambangkan kisah hitamnya seolah-olah menceritakan kepada penonton begitu bermakna cinta bagi Ash.

Aksi solo acab sebagai The Magician memainkan watak kekasih kepada Ash


Bibit percintaan ash (watak lelaki dan perempuan secara mime)

Persembahan Ash in the Ashes adalah berbentuk tragik-komedi malah membuktikan bahawa persembahan Mime bukan sekadar bergenre komedi seperti kebiasaannya, namun boleh diolah dan dipelbagaikan. Dalam Ash in the Ashes, pengarah telah berjaya memasukkan unsur sentimental atau emosi di akhir babak cerita selain komedi bagi menceritakan kehidupan Ash yang bahagia di awal pertemuan dengan cintanya. Tidak dinafikan juga, pelakon cukup berusaha bagi mempelbagaikan teknik pergerakan Mime bagi menzahirkan setiap apa yang ingin disampaikan kepada penonton. Cabaran kepada pelakon juga adalah bagi mewujudkan emosi dalam setiap plot cerita walaupun tanpa bersuara.

Aksi Ash yang penuh emosi dan perlu bermain dengan mimik muka serta pergerakan tubuh badan secara maksima untuk menzahirkan emosi


Aksi solo Ash sebagai surirumah dalam Ash’s House Chores

Aksi duet dalam Ash Looking for Love

Sepanjang persembahan Ash in the Ashes, penonton disajikan dengan kolektif 11 buah persembahan pecahan daripada persembahan Mime yang direka oleh pelakon dan pengarah juga. Kesinambungan daripada 11 pecahan persembahan Mime ini merupakan keseluruhan cerita dalam Ash in the Ashes. Ini merupakan salah satu keistimewaan persembahan Ash in the Ashes.

Berikut merupakan 11 persembahan mime dalam Ash in the Ashes

1. Ash on the Runway: 
2. Ash Gearing Up:
3. Ash Looking for Love:
4. Dinner Date:
5. Picnic Proposal:
6. Magic Couple:
7. Ash’s House Chores:
8. Tightrope Walker Tragedy:
9. Marathonic Birth:
10. Ash’s Babies:
11. Ash in The Ashes:

Kedua-dua malam persembahan mendapat respon yang positif namun jumlah penonton tidak begitu memberangsangkan. Namun, itu tidak akan mematahkan semangat pihak kami bagi meneruskan usaha. Ini kerana, objektif kami adalah bukan bergantung kepada bilangan penonton, namun bergantung kepada perasaan penonton yang hadir pada malam persembahan tersebut dan kesannya terhadap penonton.

Ribuan terima kasih kepada semua kru produksi Ash in The Ashes


Pihak TQA dan TTS terutamanya mengharapkan agar sekecil bentuk usaha ini turut dapat membantu serta menyokong kepada dunia seni teater negara. Mungkin pada suatu hari nanti, seni lakonan mime mendapat tempat di hati penonton dan lebih banyak kumpulan teater di luar sana mendekati salah satu seni lakonan ini. TQA bercadang ingin meneruskan misi menjadi pelopor seni lakonan Mime dan itu pasti akan terus-menerus dijulang.

(foto-foto adalah ihsan daripada Azizi)

Tuesday, March 08, 2011

[Sneak Peek!] Ash In The Ashes - The Mime Show


Ladies & Gents!

If you have absolutely no idea on what the mime show is all about, please watch this 'cheap' yet special 7-minutes sneak peek video!





Enjoyed it? You ain't seen nothing yet! This is only one ten of the whole performance this weekend! Don't miss it, because this is MOST probably the first full length mime show ever performed in Malaysia, by Malaysian!

This Weekend! Ash In The Ashes - The Mime Show

The Qum Actors in collaboration with Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur proudly presents "Ash In The Ashes - The Mime Show".



"Ash In The Ashes – The Mime Show" is a collective performance of more than 10 mime pieces with different concepts and stories about love, relationship and humanity.

This is the first full mime show ever performed by Malaysian mime artistes and promises to tickle the funny bones of the audiences.

The mime artistes involved are called "The Ashes" consist of Asyraf Nazmie (Ash) and Asyraf Maskan (Acab), both are final year undergraduates in Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Perak.

The show will be directed by Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr.Shark) and this is also the kick-off for The Qum Actors in its mission to promote more mime acting into local theatre scene.

Details of the performance:

Title: “Ash In The Ashes – The Mime Show”
Date: 12 & 13 March 2011
Time: 9.00 PM
Venue: Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun H.S Lee, 50000 Kuala Lumpur.
Ticket: RM 30 (RM15 for students, disabled or senior citizens)
Dress code: Casual

For more information, please visit our blog: http://qumactors.blogspot.com; e-mail us at qumactors[at]gmail.com or contact Akin at 013-2768260 for ticketing.

Also visit our Facebook fan page: http://www.facebook.com/thequmactors

Map of Taman Budaya Kuala Lumpur:




MIME ARTISTES PROFILE

"Ash"


Full Name: Asyraf Nazmie Abd Halim
Stage Name: Ash
Age: 22
Current occupation: Final Year Student, Business Information System, UTP
Origin: Batu Gajah, Perak
Experience in mime: 2 years in Perak, Kuala Lumpur & Selangor (2009-2011)
Created his own popular solo mime piece "Mencari Cinta".



"Acab"



Full Name: Asyraf Maskan
Stage Name: Acab
Age: 22
Current occupation: Final Year Student, Chemical Engineering, UTP
Origin: J.B, Johor
Experience in mime: 3 years in Perak & Kuala Lumpur (2008-2011).
One of the the mime pioneers in Tronoh Theatre Shop, UTP.


Thursday, February 17, 2011

Coming Soon: "The Mime Weekend"

The Qum Actors dengan kerjasama Taman Budaya Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negara akan menganjurkan sebuah program teater "The Mime Weekend" (Hujung Minggu 'Mime').

"The Mime Weekend" mengandungi dua program iaitu:

(1)
"Ash In The Ashes - The Mime Show" - merupakan sebuah pementasan mime (lakonan bisu) berskala penuh yang bakal mempertunjukkan maksimum 10 buah sketsa / cerita dalam satu malam. Persembahan mime ini akan dijayakan oleh ASH, seorang pelakon mime yang baru sahaja meningkat naik di Kuala Lumpur. Persembahan ini akan mengetengahkan tema cinta dan manusia. Maklumat lanjut, sila lihat poster di bawah:



(2)
"Dr.Shark's Mime Workshop" - merupakan sebuah bengkel lakonan mime yang akan dikendalikan oleh Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr.Shark). Bengkel mime ini akan mengajar para peserta secara intensif teknik-teknik asas untuk melakukan aksi mime. Para peserta juga berpeluang untuk mengenakan solekan artis mime sebenar dan beraksi di atas pentas di penghujung bengkel ini. Hanya sehari, anda sudah boleh menjadi seorang pelakon mime amatur! Maklumat lanjut, sila lihat poster di bawah:


Sebarang pertanyaan / tempahan, sila hubungi nombor telefon atau e-mel yang tertera di poster.

Terima kasih!

Friday, January 28, 2011

Dr.Shark's Mime Workshop + Ash Mime Performance at klpac Open Day 2011

Dr.Shark's Mime Workshop telah berjaya dilaksanakan buat pertama kalinya sempena klpac Open Day 2011 yang berlangsung pada hari Ahad 23 Januari yang lalu. Jurulatih bengkel ini adalah Dr.Shark sendiri yang berpengalaman dalam seni lakonan mime. Oleh kerana semua aktiviti yang dijalankan pada hari itu adalah secara percuma, kami telah menerima kunjungan seramai lebih kurang 20 orang untuk menyertai bengkel mime itu. Bengkel dijalankan di dalam sebuah bilik studio di klpac itu sendiri, bermula pukul 1 hingga 2 petang.

Beberapa teknik asas mime telah ditunjuk ajar oleh Dr.Shark secara praktikal. Peserta bengkel ternyata memberikan respon yang positif dan mereka seronok dengan aktiviti yang dilakukan.

Pukul 2.30 petang pula, artis mime kami yang tidak asing lagi iaitu ASH tampil membuat persembahan mime outdoor di hadapan orang ramai yang duduk secara santai di atas tanah beralaskan rumput di bawah sebatang pokok. Seperti biasa, penonton kagum dengan aksi mime Ash dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap persembahan Ash tersebut.

Kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak klpac kerana sudi memberikan ruang untuk kami menjalankan bengkel mime dan persembahan mime ini. Terima kasih juga kepada peserta bengkel mime. Jangan lupa sertai bengkel mime kami yang penuh dan intensif pada bulan Mac nanti!

Sedikit gambar bukti yang telah ditangkap:










Thursday, January 27, 2011

Iklan: Teater Interaktif dalam Karnival ForTeen 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Adik kami, Tronoh Theatre Shop (TTS) akan berteater secara interaktif bersama orang ramai di dalam acara Karnival ForTeen 2011 - Gaya Hidup Baru anjuran SaifulIslam Training & Consultancy bersama Masjid Bukit Indah, Ampang.

Persembahan teater interaktif TTS itu akan berlangsung pada hari Sabtu, 29 Januari 2011 pukul 9 malam bertempat di Masjid Bukit Indah, Ampang. Untuk alamat penuh: Masjid Bukit Indah, Lengkungan Bukit Indah2, Taman Bukit Indah, Ampang Selangor Darul Ehsan 68000 Malaysia.





Pelbagai aktiviti menarik telah dimuatkan di dalam karnival ini seperti yang tertera di dalam poster. Objektif utama karnival ini adalah untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan remaja untuk melibatkan diri dengan aktiviti masjid yang bermanfaat untuk perkembangan diri dan agama.

Bagi mereka yang tinggal di dalam kawasan Lembah Klang atau sekitarnya, khususnya yang tinggal dekat dengan Ampang, anda dijemput untuk menghadiri karnival ini dan insyaAllah ada berkat dan manfaat yang akan anda peroleh.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web ForTeen.


Jumpa anda di sana!

Saturday, January 15, 2011

2011 Kick-Off: Dr.Shark's Mime Workshop

Salam dan selamat sejahtera semua.

Rasanya belum terlambat bagi kami mengucapkan Selamat Tahun Baru / Happy New Year 2011 kepada semua. Diharap agar tahun baru ini menjanjikan dan memberi peluang yang lebih baik kepada kita semua. The Qum Actors (TQA) juga sudah pasti telah merancang dan sedang melaksanakan beberapa projek bagi tahun 2011 ini. Oleh itu sebagai langkah mula atau kickstart program dan aktiviti kami pada tahun ini, kami dengan suka hati ingin menjemput anda semua untuk mengikuti program bengkel lakonan mime kami bersempena dengan klpac Open Day 2011 pada hari Ahad, 23 Januari 2011. Bengkel mime akan berjalan pada pukul 1 petang dan selesai pada pukul 2 petang. Kami juga akan menampilkan ASH (dan mungkin Cairell) sekali lagi untuk melakukan sedikit aksi lakon mime. Dan semuanya adalah percuma.


Bengkel mime ini merupakan introduction atau permulaan kepada bengkel lakonan mime penuh yang akan kami adakan pada bulan Februari nanti. Jadi, sudi-sudikanlah hadir dan rasai sendiri pengalaman bagaimana hendak melakonkan aksi mime dan jika anda rasa bengkel ini berkesan, boleh sertai bengkel penuh nanti. Jurulatih bagi bengkel mime ini adalah Dr.Shark yang merupakan pengasas dan penasihat Tronoh Theatre Shop (TTS).

Banyak lagi program dan aktiviti lain yang akan dijalankan dalam acara klpac Open Day ini seperti berikut:

Programme:

[Workshop]

Bollywood Dance Workshop by Shobana Sahajananan / Come "Lex" Dance by Lakshman Balakrishnan / Speech & Drama Makeover by Mark Beau / How to Use Drama in Your Classroom by Mark Beau (for teachers) / Mime Workshop by Tronoh Theatre Shop / Hip Hop Dance Workshop by Caprice Fong / The EXTREME! Walking Theatre Textbook by Kelvin Wong (16 years old and above only) / The EXTREME! Actors' Workout by Kelvin Wong (16 years old and above only) / Indian Classical Dance Workshop by Asthana Arts / Kelas Swing Agogo by KL Swing / Flamenco Dance Workshop by Kayla / Prevent Backpain with Good Posture by David Lim / Contact Improvisation Dance Workshop by Contact Improv KL / Script Analysis Workshop by Marvin Wong / Standup Comedy Workshop by Monti & Logi / Storyteller Chair by Ines Irdayanty (7 to 12 years old only) / YCOM Standup Comedy Workshop / Gamelan Introductory Workshop by Ezanin Mazlan / Cantonese Opera Workshop by Mdm Kam Sin Kiew/ A British Perspective of British Theatre Craft by Charles Donnelly (jointly presented by The Actors Studio & British Council & so on.

[Music Performances]

AkashA / Ariff Akhir / Ariz / Auburn / Caipifruta / Dewangga Sakti / Fall On One / Fynn Jamal / Goh Lee Kwang / Ian Chow / IskanTheGreat / klpac Orchestra / klpac Symphonic Band (ensemble) / Liyana Fizi / Markiza & Peter Hassan & Wong / Michael Chen / Min’z / Poet Stories / Rashdan Harith / Rendra Zawawi / RevuForte / Rosevelt / S.C.A.M. / Silent Scenery / Sofa Session / stringthesizers / Tashya Ink’s / The Kuala Lumpur Children’s Choir / Tony Leo / Wong Siew Jye / Young Choral Academy / Young KL Singers / Zest Ensemble

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web klpac.


Dan sedikit tentang profil jurulatih bengkel mime ini:

PROFIL DR.SHARK


Prof. Madya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr. Shark), pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), telah mula bergiat aktif dalam teater sejak 1987 di Kuala Lumpur. Beliau mula berkecimpung dalam teater sebagai pelakon dalam pementasan Atap Genting Atap Rembia (Roslina Khir), Mindstuff (Maureen Ten), Sister (Mustafa Mahidin), Wan Empuk Wan Malini (Normah Nordin), Cinta Arnab (Rajan - Panggung Negara), Macbeth (Kee Thuan Chye), Lady White Snake (Chin San Sooi), Asylum (Shamsul Rahman), Midsummer's Night Dream (Instant Cafe - Jo Kukathas), Mahkamah Keadilan (Normah Nordin - Panggung Negara), Bakai (Uwei - Panggung Negara), Titian (Normah Nordin) dan beberapa persembahan “mime” (Soo San).

Dr. Shark pernah mendapat tunjuk ajar berteater menerusi pengalamannya berlakon di bawah pengarah-pengarah “tersohor” Malaysia saperti Normah Nordin, Kee Thuan Chye, Jo Kukathas, Mano Maniam, Thor Kah Hong, Chin San Sooi, Fauziah Nawi, Joe Hasham, Faridah Merican, Uwei dan beberapa pengarah yang lain.

Dari pengalaman beliau menerusi kumpulan teater Centre Stage, Instant Café, Five Arts Centre dan Actor’s Studio, kumpulan Gest Shop yang ditubuhkan bersama rakan-rakannya muncul memenangi Pekan Teater Kuala Lumpur dengan skrip beliau berjudul “Cinta Sang Arnab”. Antara anugerah yang berjaya dirangkul ialah hadiah Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik. “Cinta Sang Arnab” karya Dr. Shark kemudiannya diangkat oleh Panggung Negara sebagai persembahan bulanan pada tahun 1992.

Selain itu, beliau telah mengarah beberapa naskhah teater dan pernah memenangi beberapa anugerah teater Festival Teater Selangor dalam SAWO (1991), dan Kerusi (1992), Festival Teater Matrikulasi (Asylum) dan Festival Teater Kuala Lumpur (Cinta Sang Arnab). Beliau adalah pengasas kumpulan teater Play-Play-n-Play di PPP, ITM dan Tronoh Theatre Shop (TTS) di UTP.

Semasa melanjutkan pelajaran di USA beliau telah juga mendalami teater improvisasi Boahl, “mime”, “mask” dan “stage combat” di Memphis USA. Beliau pernah membuat beberapa persembahan mime dan teater Boahl di beberapa lokasi di USA. Selain itu, beliau juga telah mengarah hasil karyanya sendiri yang lain seperti Hmm...Begitu Panasnya!, Sampah Oh Sampah, Transit, Asylum50, Taqdir (Dr. Shark & Sefa), Cinta Sang Arnab (Cinta Arnab), Miao-Miao Sang Arnab, Panggilan Maut, “The Awaited” , Tok Janggut (Dr. Shark & Salju Putih) dan Qum!

The 2010 Finale: Rantai Art Festival "GRAVITY"

Pada 20 & 21 Disember 2010 yang lalu, bertempat di auditorium Balai Seni Lukis Negara, telah dipentaskan himpunan pelbagai jenis persembahan teater oleh The Qum Actors yang turut menjemput artis-artis Tronoh Theatre Shop bersempena Rantai Art Festival "GRAVITY" anjuran Rantai.Art.

Gandingan kerjasama adik-beradik TQA dan TTS ini sememangnya menjanjikan sesuatu kepada penonton yang sudi hadir pada kedua-dua malam tersebut, meskipun cuaca hujan kurang mengizinkan namun tetap meluangkan masa selepas kerja untuk datang hadir menonton hasil himpunan teater daripada kami.

Kami telah menampilkan tiga artis mime ASH, Cairell dan A.Noisef yang mempersembahkan dua buah sketsa mime solo setiap seorang. Selain itu kami turut mempersembahkan sebuah pembacaan drama pentas "Nasi Lemak 10 Sen" yang merupakan pra-tonton kepada teater berskala penuh "Nasi Lemak Seposen" pada Mac/April 2011 ini. Disamping itu, Dr.Shark turut melakonkan monolognya "Terrorist in Custody" dan mempertontonkan karya sketsa pendeknya "Ketopat Oh Ketupat" yang dijayakan oleh Tasha, Atul dan Nisa. Tidak ketinggalan juga sebuah sketsa improv berjudul "Hmm.. Oh..Hmm.." gandingan Dr.Shark dan SEFA.

ASH dengan mime "The Housewife" dan "Mencari Cinta"
A.Noisef dengan mime abstrak "Teardrops" dan corporeal mime "Throw"
Cairell dengan mime "The Magician" dan "The Love Story"
Baca skrip "Nasi Lemak 10 Sen" oleh Tasha, Nik, Pacel dan Dr.Shark
Dr.Shark monolog "Terrorist In Custody"
Improv "Hmm..Oh..Hmm" oleh SEFA dan Dr.Shark
"Ketopat Oh Ketupat" oleh Tasha, Atul dan Nisa mengakhiri pementasan pada malam tersebut, dan di dalam gambar adalah semua cast dan crew kami yang telah terlibat.
Antara penonton yang hadir. Terima kasih! Harap terhibur!

Terima kasih kepada pihak penganjur Rantai.Art kerana telah memberi peluang kepada kami membuat persembahan selama dua malam berturut-turut. Tidak lupa juga kepada semua penonton yang sudi hadir menonton pementasan kami. Jangan lupa nantikan program dan aktiviti kami pada tahun 2011!


Tuesday, January 11, 2011

Musikal?

Tekanan kerja serta cita cita untuk konspirasi sebuah teater di kerteh telah banyak memakan masa aku. Dan hujung minggu yang harus di guna sebaik-baiknya bersama wife tercinta. Itu menyebabkan semakin jarang aku membebel di blog neh. Lagi pun, siapa yang kisah?

Haha.

Kebelakangan ini pentas teater tempatan dihebuhkan dengan budaya popular muzikal, yg sudah menjadi satu kemestian di Istana Budaya. Ya aku kira kita boleh berbangga kerana sudah ada premis teater berbaget besar di Malaysia, "professional" & gah untuk meletak nama sebaris dengan Broadway di New York dan West End di London. Tapi betulkah mereka ini professional? Sebagai pelakon di layar tv dan pawagam, ya. Tetapi sebagai aktivis teater? Ambil Contoh musikal seperti Natrah, Tun Mahathir, Siti di Alam Fantasi yang dikuasai oleh muka2 mesra penonton seperti Era fazira, Maya Karin sebagai watak utama sebaliknya aktivis teater sejati pula sekadar melukut di tepi gantang?

Malah ia sebenarnya telah membina satu presepsi atau seperti aku katakan tadi budaya popular dikalangan masyarakat marhaen bahawa na tngok teater kene pergi istana budaya, kena ada nyanyi dan kena ada artis terkenal!

Dan apabila mereka gah meletak nama musikal itu musikal ini untuk setiap pementasan di istana budaya.. adekah mereka benar benar memahaminya?

Berikut adalah sorotan temubual antara wartawan utusan dengan aktivis seni, Khalid Salleh (keluaran 12/12/2010). Article ini sangat panjang maka aku ambil mana yang penting..

Sekarang trend pengarah teater guna pelakon popular sebagai tarikan utama. Pelakon teater lekeh sangatkah?

Bukan masalah pelakon teater lekeh atau tidak. Masalahnya orang buat teater tu sendiri. Siapa mereka? Apa matlamat mereka? Saya tengok mereka tak ada keyakinan. Apa asas perjuangan dia terlibat dalam bidang teater? Adakah membawa gagasan perjuangan, landasan berkarya atau nak menumpang glamor? Saya dari dulu pun buat teater juga. Tapi tak pernah ambil pelakon popular kerana dia popular. Kalau ada pun macam Eman Manan atau Sani Sudin(Kopratasa). Isunya bukan popular atau tidak, tapi boleh berlakon atau tidak.

Habis tu di mana lagi tempat untuk orang-orang teater pada hari ini?

Dah tak ada arah dah. Satu ketika, orang teater ada tempat untuk berkumpul. Secara tak langsung, boleh cari sesama sendiri di Kompleks Budaya Negara (kini Aswara). Nak ke IB hari ini? IB tidak menjana suasana teater untuk orang teater berkumpul. IB dah jadi tempat untuk orang rasa glamor. Kalau lepak di kafe IB, boleh jumpa artis. Saya pernah ke kafe IB, tapi rasa gelilah. Nanti dicop saya artis popular.

Maksudnya pelakon teater hari ini macam dah tak laku lagi?

Nak cari pelakon yang laku, sudah tidak ada. Ini kerana suasana syarikat produksi yang terbit drama sampai 10, 50 episod. Festival Teater pun sudah tidak ada. Kalau tidak, boleh juga merangsang remaja lepasan sekolah menengah untuk kembang bakat mereka sebelum dapat menyambung pengajian teater di peringkat tinggi. Warna budaya teater sudah tidak ada untuk menjadi perangsang bukannya nak berlumba buat teater.

Pelakon teater memang sudah tidak ada ke hari ini atau orang tak nak ambil?

Saya tak kata pelakon tak ada, orang tak nak ambillah. Sebab mereka bukan crowd puller.

Apa kesannya kepada bidang teater untuk jangka masa panjang?

Kesannya akan bertambah hancurlah kerana perkembangan teater tidak ada. Sebab ia tidak membina satu kekuatan peribadi pembikin. Kalau di Indonesia, apabila Arifin C. Noer, Rendra dan Ratna Sarumpaet nak buat teater, orang dah tahu gagasan pemikiran mereka. Atau apa yang mereka disentuh kali ini? Bukan datang menonton teater kerana siapa pelakonnya popular.

Trend pelakon popular ni macam kita 'paksa' penonton terutama generasi muda. Apa komen Khalid?

Semuanya berbalik kepada nawaitu orang yang nak buat teater. Sebab teater satu medium, orang membuat kritikan atau tanggapannya tentang pelbagai masalah persekitaran. Orang teater guna landasan teater untuk tujuan itu. Sekarang orang buat atau masuk dalam teater kerana apa? Adakah kerana dia tidak ada ruang nak ke tempat lain, maka dia terpaksa buat teater? Atau teater jadi tempat himpun segala macam artis popular untuk membantu orang mengingati mereka?

Tapi macam Natrah ni dapat sambutan hebat, panggung penuh. Tidakkah ini satu kemajuan?

Mana ada panggung penuh tanda teater dah maju. Itu semua bukan ukuran kemajuan. Teater yang maju mampu membuat penonton berfikir dan muhasabah diri untuk keluarga dan negara. Tapi kalau setakat nak berhibur, baik main games. Betul saya cakap main games lagi baguslah.

Orang kata pelakon popular menyumbang merancakkan teater pada hari ini. Betulkah?

Sumbangan? Sumbangan apa? Saya tidak melihat daripada aspek sumbangan atau apa pun. Pelakon popular ni kalau tak dibayar, awak ingat mereka nak naik pentas? Itu bukan sumbangan namanya. Sepanjang saya buat teater, tak pernah orang tanya bayaran, bagi skrip sahaja.

Justeru, apa formula terbaik untuk memajukan teater pada hari ini yang sudah kelabu asap?

Istilah formula terbaik tak ada. Teater adalah satu proses dan proses ini perlu bermula dari bawah. Penstrukturan dulu dah nampak. Kita ada program Drama Sebabak. Sebut Drama Sebabak orang tertunggu-tunggu. Sekarang dah tak ada. Bila sudah terputus, nak bina khalayak balik dah tak boleh. Sebab tu guna modal pelakon popular yang tak tahu apa-apa.

IB asyik dengan teater muzikal. Akan datang Muzikal Tun Mahathir musim kedua? Hebat sangatkah kita buat muzikal?

Tolonglah jangan sebut istilah muzikal dengan saya. Saya geli geleman dibuatnya. Bagi dia orang, muzikal ni bukan asal ada muzik saja dah muzikal. Sebab itu semua nak dimuzikalkan. Dalam muzikal pelakon kena kenal beat macam dalam Miss Saigon. Semua pergerakan dalam beat termasuk intonasi dan menyanyi. Tapi muzikal kita ada dialog lepas tu nyanyi. Itu bukan muzikal, itu filem Hindustan. Teater muzikal apa macam tu? Tak sampai tahap pun kalau betul-betul nak buat teater muzikal. Ini berlatih baru sebulan dua, dah dipanggil teater muzikal.

Tetapi IB yang berjaya mempopularkan teater walaupun banyak mementaskan teater muzikal. Setuju tak?

Dari satu aspek, betullah. Tapi sampai bila IB nak bagi gula-gula kepada orang. Penonton yang tak kenal teater ingat itulah rupanya teater. Mereka rasa itu okey. Sebenarnya tak okey. Ah...malaslah cakap pasal teater di IB. Jom minum teh tarik lagi baik.

*Sumber: Arkib utusan malaysia

P/S: Terpulang kepada semua untuk menilai.

Adios.

Saturday, January 01, 2011

The Qum Actors New Label ASH(TM): A Representative from Malaysia in 1st Malaysian-African Art Tourism 2010

"The first step is always the hardest" / "Langkah pertama sememangnya yang paling sukar.", begitulah kata-kata yang diucapkan sewaktu ucapan alu-aluan dalam Welcoming Party 1st Malaysian African Art Tourism ini yang begitu tepat dengan situasi The Qum Actors sendiri yang baru menapak dalam bidang teater di Kuala Lumpur. 

Kali ini TQA menampilkan artis mime kami, ASH(TM) sekali lagi bagi memeriahkan lagi acara tersebut. Turut sama menyokong adalah Faisal Aziz, Farhan Iqbal, Akin M, Fauzan Nordin, dan jurumekap Muhammad Md Haris. Acara bermula pukul 6.30 petang selepas VIP daripada Duta Perancis dan CEO Orange Box Entertainment dan semua peserta dan artis hadir di Galeri Dunia Seni Lukis. Walaupun tempatnya agak tersorok, galerinya juga sederhana sahaja saiznya dan tetamu yang hadir pula tidak ramai mana, tetapi penuh juga kerusi yang disediakan. Interior galeri tersebut juga nampak ekslusif dan dipamerkan lukisan-lukisan yang dilukis oleh artis-artis dari Malaysia dan Afrika.

Pintu masuk galeri itu.

The Qum Actors antara artis yang terlibat membuat persembahan.
Sementara menunggu acara bermula. Sokongan padu harus diberikan.

ASH(TM) mempersembahkan mime "Mencari Cinta" versi baharu. Sedutan aksi-aksi mime ASH dalam gambar-gambar di bawah.

Ubat gigi susah nak keluar. 

Gosok gigi.

Praktis sendiri nak ajak perempuan menari.
Di mana nak cari cinta?

Dah jumpa cinta yang dicari, korek dada nak bagi hati kat perempuan.

Hati atau jantung?

Bye-bye penonton!

Bagus sekali bukan? Satu ibu jari!

Bersama dengan artis-artis dari Afrika dalam acara ini sememangnya mencipta satu pengalaman baru bagi The Qum Actors. Selain itu juga kami turut berpeluang berkenal-kenalan dengan pihak ArtMalaysia dan Duta Perancis yang sama-sama meminati bidang seni. 

The Qum Actors mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur ArtMalaysia, khusus juga kepada Brother Moustapha yang mengendalikan majlis tersebut, kerana telah memberi ruang kepada kami untuk membuat persembahan. Terima kasih juga diatas hidangan makanan-makanan daripada Nigeria dan Senegal. Makanan Malaysia juga turut sama dihidangkan, tidak dilupa, nasi lemak. Terima kasih juga kerana atas door gifts majalah ArtMalysia dan cakera padat Raja Nas.

Semoga dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang yo!